La Tahzan

Assalamu'alaikum wbt..

Segala puji bagi Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang serta selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W yg sgt dikasihi serta para keluarga dan sahabatnya.

Kaifa haluqum ya antum wa antunna? Diharap kalian sentiasa berada di rahmat dan kasihNya selalu. Amiin~ MySpace

Untuk post kali ini, aNa ingin berkongsi serba sedikit kata motivasi which is taken from a book called La Tahzan. Moga bermanfaat buat semua. Hayya qiraah. MySpace

- Hakikat Dunia Yang Sebenarnya -

Ukuran kebahagiaan itu ada dalam kitab Allah yang agung, dan takaran dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hamba, baik ketika masih di dunia mahupun ketika di akhirat kelak.

"Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang kafir terhadap Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak untuk rumah mereka dan juga tangga-tangga (perak) yang mereka naikinya. Kami (buatkan pula) pintu-pintu (perak) untuk rumah-rumah mereka dan begitu pula dipan-dipan yang mereka bertelekan di atasnya dan Kami buatkan pula perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Semua itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat di sisi Tuhanmu; disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (Az-zukhruf : 33-35)

Ayat ini menggambarkan dengan jelas tentang hakikat kehidupan berserta nilai-nilai material, dan tentang status sosial, kehidupan, istana-istana, rumah-rumah mewah, emas, perak dan kedudukan sosial yang ada padanya.

Dengan memberikan segala sesuatu kepada orang-orang kafir secara sekaligus dan sebaliknya tidak berharga kepada umat manusia. Betapa tiada bernilainya dunia ini.

'Atabah bin Ghazwan R.A, seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang terkenal itu, mengungkapkan rasa hairan ketika ia sesekali berkhutbah Juma'at. Ia bernostalgia; bagaimana getirnya saat itu ketika bersama Rasulullah S.A.W., ketika hanya boleh makan dedaunan pada saat-saat jihad di jalan Allah. Saat-saat seperti ini ia rasakan sebagai saat yang paling disukai sepanjang usianya dan sebagai hari-harinya yang manis. Selanjutnya, sepeninggalan Rasulullah S.A.W, dia masih diberi umur oleh Allah dan diangkat menjadi seorang penguasa dan juga seorang hakim. Menurutnya, kehidupan yang harus dihadapi sepeninggalan Rasulullah S.A.W adalah kehidupan yang sangat tidak berharga.

"Ku lihat orang-orang yang sengsara
tidak pernah bosan dengan dunia
sekalipun mereka di dalamnya
hidup dengan kelaparan
Kulihat dunia ini sekalopun menyenangkan
tak ubahnya seperti awan di musim panas
dalam waktu sekejap ia pergi tanpa kesan
."

Sa'ad bin Abi Waqqash R.A merasa kebingungan saat diangkat menjadi penguasa di Kufah sepeninggalan Rasulullah S.A.W. Ia melihat kenyataan yang sangat berbeza dibandingkan saat bersama Rasulullah S.A.W., yang cukup hanya dengan makan tumbuh-tumbuhan, dan hanya makan kulit kambing yang kering, dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Ia melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang indah.

"Dan sungguh akhirat itu lebih baik bagimu daripada dunia." (Ad-dhuha : 4)

Itu ertinya ada sesuatu dalam hal ini, dan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik masalah ini; kehidupan dunia yang tidak berharga."

"Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu bererti bahawa Kami bersegera memberikan kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak menyedarinya. (Al-Mu'minun : 54-55)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku khuatirkan atas diri kalian."

Ketika Umar R.A memasuki rumah Rasulullah S.A.W, baginda sedang berada di tempat minumnya. Dilihatnya kesan-kesan bekas tikar di punggung Rasulullah S.A.W dan hanya ada karung gandum yang tergantung dirumahnya. Tanpa disedari, air mata Umar mengalir di pipinya. Sebuah pemandangan yang sangat menyentuh perasaannya, kerana saat itu baginda adalah seorang teladan dan pemimpin bagi seluruh umat manusia, tetapi baginda dalam keadaan yang sangat sederhana seperti ini.

Mereka berkata: "Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?" (Al-Furqan : 7)

Tercetus ucapan dari bibirnya: "Wahai Rasulullah, engkau telah mengetahui pola hidup Kisra dan Kaisar."

Rasulullah S.A.W menjawab: "Wahai Ibnu al-Khattab, apakah engkau masih meragukanku. Tidakkan engkau redha jika kesenangan akhirat menjadi milik kita, sedang mereka hanya memperoleh kesenangan dunia."

Ini adalah sebuah perbandingan yang sangat jelas, dan pembahagian yang sangat adil. Biarkanlah orang yang menerima itu akan memperolehkannya, dan biarkan pula orang yang tidak suka akan membencinya. Biarkanlah orang yang menginginkan kebahagiaan itu mencarinya di dalam dirham, dinar, istana dan kenderaan, dan biarkan pula ia berusaha untuk itu saja. Demi Dzat yang tiada Tuhan selain Allah, mereka tidak akan mendapatkannya.

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud :15-16)

Seorang penyair mengatakakan:

"Ku tinggalkan dunia
untuk beralih kepada yang lainnya
kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini
bagi orang-orang soleh
."

Sekian dari aNa, jazakallahu khairan kathir a'la qiraah. Barakallahu fikum wa ilalliqo'.. MySpace

Persediaan Menuju Akhirat [Part 1]

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan buat kita untuk bernafas dan beramal di saat ini. Tidak lupa juga selawat dan salam bagi Rasulullah S.A.W yang tercinta serta buat keluarga wa sahabat-sahabat baginda. Kaifa haluqum ya antum wa antunna? Diharap kalian semua berada didalam keadaan yang sihat wal-afiah hendaknya. Post kali ini adalah sedikit sebanyak tentang yaumul Qiamah. Kebanyakan penerangan di dalam post aNa tentang hari Qiamat ini akan dipetik dari surah-surah di dalam al-Quranul Kareem. Tafaddhal qiraah~
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

- Apakah Hari Qiamat Itu? -

Mari kita renungi firman Allah S.W.T ini.

Firman Allah S.W.T:

"Hari Qiamat. Apakah hari Qiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran. Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang bertebaran." (Surah al-Qari'ah: 1-4)

Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya hari Qiamat itu pastilah datang. Tiada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur." (Surah al-Hajj: ayat 7)

- Bagaimana Berlakunya Qiamat -

Bila berlakunya Qiamat, Allah S.W.T memerintahkan malaikat Israfil meniupkan sangkakalanya. Ketika itu, dunia akan diterbalikkan. Awan dan langit bergulung-gulung, bintang-bintang berguguran, planet-planet akan berlaga sesama sendiri. Perempuan yang sedang mengandung, gugur kandungannya. Begitulah hebatnya gegaran di hari itu.

Ketika itu tidak ada satu pun makhluk Allah yang dapat hidup. Hinggakan pada hari itu, Malaikat Maut pun akan dicabut nyawanya. Malaikat yang meniup sangkakala iaitu Malaikat Israfil, akan turut mati setelah segala makhluk di langit dan bumi ditamatkan riwayatnya.

Suasana diwaktu itu begitu hiruk-pikuk sekali. Masing-masing membawa diri untuk menyelamatkan diri. Namun apabila berlakunya hari yang dijanjikan itu, tiada yang dapat menyelamatkan diri.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi. Kecuali sesiapa yang dikehendakiNya (dikemudiankan matinya). Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing)." (Surah az-Zumar: ayat 68)

Firman Allah S.W.T:

"Apabila terjadi hari Qiamat. Tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan dan meninggikan. Apabila bumi bergoncang sehebat-hebatnya. Dan gunung-gunung dihancur luluhkan. Sehingga menjadi debu yang berterbangan. (al-Waqiah: ayat 1-6)

"Sebenarnya hari Qiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Qiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit." (Surah al-Qamar: ayat 46)

"Hari Qiamat adalah merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah boleh mematikan makhluk ini dan menghidupkannya semula. Kepunyaan Allah lah makhluk di langit dan bumi." (Surah al-Hajj: ayat 6)

- Apakah Hari Akhirat -

Setelah sangkakala yang pertama ditiupkan, dalam tempoh masa 40 hari manusia berada di alam barzakh. Setelah tamat tempoh itu, sangkakala yang kedua ditiupkan. Ketika itu seluruh makhluk di langit dan bumi dibangkitkan semula iaitu menuju ke alam akhirat. Disitu setiap makhluk Allah akan dihadapkan di hadapan Allah S.W.T. Setiap perbuatannya sewaktu hidup dahulu akan diadili.

Firman Allah S.W.T:

"Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakan dan apa yang dilalaikannya. Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya....

...Sekali-kali jangan. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia lalu meninggalkan kehidupan akhirat...

..Wajah-wajah orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri. Dan wajah orang kafir pada hari itu pula muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.." (Surah al-Qiamah: ayat 13-25)

"Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala urusan yang kecil mahupun besar akan tertulis. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai. Ditempat yang disenangi disisi Tuhan Yang Berkuasa." (Surah al-Qamar: ayat 52-55)

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. Dan jikalau Kami menghendaki, pastilah Kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba mencari jalan. Maka betapalah mereka dapat melihatNya. Dan jikalau Kami kehendaki, pastilah Kami merubah mereka di tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup berjalan lagi dan tidak pula sanggup kembali." (Surah Yaasin: ayat 65-75)

Jelasnya akhirat adalah tempat manusia dibangkitkan semula. Disitu manusia akan dihadapkan dihadapan Allah S.W.T dan akan dibicarakan di mahkamah akhirat. Hanya amalan soleh yang menjadi pembela. Segala makhluk di langit dan bumi akan menjadi saksi. Mulut dikunci. Hanya anggota badan yang akan menceritakan segala kebaikan dan keburukan yang pernah dilakukan didunia.

Setiap apa yang mereka lakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan yang setimpal. Disitu manusia tidak dapat lari dari hukuman Ilahi. Segala rayuan sudah tidak didengari lagi. Malanglah bagi manusia yang ke neraka buat selama-lamanya. Wallahu a'lam bis-sowab.

Sekian dahulu dari aNa, syukran jazilan a'la qiraah. Jazakallahu khairan kathir. (^.^)

The Importance of Reading Quran

Assalamu'alaikum wbt. This post was forwarded from a dear friend. May Allah bless us all with a good heart throughout our life. Amiin~ Happy reading.. =)

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is beautiful story, please read till end and forward to all you know.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked,

"Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,

"Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said,
"You'll have to move a little faster next time,"

He sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said,

"I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"

He went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said,

"See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?"

The old man said,

"Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our lives."

Moral of the story : Read Al-Quran frequently as it will purify our heart. When we have pure heart, it is easy to do righteous and leave jahiliyah and badness in ourselves.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.