Sunnah-Sunnah Nabi Ketika Hendak Tidur

Assalamu'alaikum w.b.t.

This post will be about sunnah-sunnah Rasulullah before we go to sleep.. Mudah-mudahan dapat diamalkan dengan sebaiknya.. Ameen.. Well, its reading time! ngee~
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



1) Sebelum dan selepas tidur, baca doa.
Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2) Jangan tidur dengan menghadapkan kaki arah Qiblat.
Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.


3) Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4) Baca 4 Qul (termasuk surah al-Kaafirun) tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.


5) Niat untuk bangun Tahajjud.
Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6) Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.


8) Tidur cara Rasulullah saw ialah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.


Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya
tidak menimbulkan fitnah.


Dan tutuplah aurat ketika tidur.
Kenapa? Kerana lelaki yang tidur
meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur tanpa pakaian atau tidak
menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang
makhluk lain.

Wallahu'alam.

Hukum Menyentuh Al-Quran Atas Orang Yang Berhadas

Bismillahirahmanirahim..

Assalamu'alaikum warahmatullah ya antum wa antunna.. Kaifa haluqum?
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Alhamdulillah syukur ke-hadratNya aNa masih dapat menulis another post pada saat ini.. Ya lah, sebelum di'sound' dari inspector Suhana dek tak update blog lama sangat..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Alright, this time i'll be sharing some info with antum wa antunna about Hukum dalam menyentuh al-Quranul Kareem atas orang2 yang berhadas.. Jom baca.. (^.^)

(1) Orang yang berhadas besar (berjanabah, haid dan nifas)
Ulama' berselisih pendapat mengenai orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran, huraiannya adalah seperti berikut;

1) Imam Daud al-Zhahiri dan Ibnu Hazmin daripada Mazhab Zhahiri mengharuskan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada seorang insan bukan Islam mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran didalamnya walhal beliau seorang Kristian lagi berjanabah. Jika tidak boleh, tentu Rasulullah SAW tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat tersebut.

2) Jumhur ulama' tidak mengharuskan orang yang berhadas besar menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujad Daud al-Zhahiri dan Ibnu Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah SAW itu walaupun ada petikan ayat-ayat al-Quran didalamnya tetapi ia bukanlah al-Quran sepenuhnya, bahkan surat tersebut samalah dengan kitab-kitab tafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawa orang yang berhadas besar.

- Kesimpulan:

Haram atas orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran walaupun dengan menggunakan perantaraan pensil atau penunjuk. Diharamkan juga menanggungnya walaupun berlapik dengan kain kecuali ketika darurat seperti berlakunya kebakaran dan sebagainya. Wallahu 'alam.

(2) Orang yang berhadas kecil (tidak berwudhu')
Ulama' berselisih pendapat mengenai menyentuh al-Quran tanpa wudhu', huraiannya adalah seperti berikut;

1) Jumhur ulama' Fiqh mengharamkan atas orang yang tidak berwudhu' menyentuh atau menanggung al-Quran. Mereke berhujah dengan dalil-dalil berikut;

(a) Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Waqiah : ayat 79

"Tidak menyentuhnya (al-Quran) kecuali mereka yang disucikan"

(b) Sabda Rasulullah SAW

"Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci"

(Riwayat Ibnu Hibban)

2) Ibnu 'Abbas, al-Sya'bi, al-Dhahak bin Muzahim, Imam Daud al-Zhahiri, Ibnu Hazmin dan Hammad al-Basti, berpendapat bahawa orang berhadas kecil boleh menyentuh al-Quran kerana tidak ada dalil yang terang yang mengharamkannya, mereka menolak hujah jumhur ulama' tersebut dengan alasan berikut;

a) Ayat 79 dalam surah al-Waqiah tidak boleh dijadikan hujah kerana Ha' Dhamir (ganti nama) tersebut kembali kepada "Luh Mahfuzh" dan yang dimaksudkan dengan "mereka yang disucikan" ialah para malaikat seperti yang ditunjukkan oleh ayat-ayat sebelumnya.

b) Hadith tersebut terlalu umum. Perkataan 'orang yang suci' mengandungi pelbagai erti. Ia mungkin bererti suci daripada hadas besar atau hadas kecil, mungkin suci badan daripada najis dan mungkin bererti orang yang beriman kerana itu suci tidak seperti orang musyrik.

Kesimpulan:

Cenderung kepada pandangan pertama yang mengatakan haram atas orang yang berhadas kecil menyentuh al-Quran jika mereka orang awam (bukan penghafaz al-Quran). Adapun pandangan kedua yang mengharuskannya wajar bagi penghafaz al-Quran kerana memandangkan keadaan mereka yang selalu membaca al-Quran. Wallahu a'lam.

That's all for now, syukran jazilan for reading.. ma'assalamah..(^_~)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Adab-Adab Guru Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum semua.. Alhamdulillah hari ini Allah masih mengurniakan kita peluang untuk bernafas diatas bumi ciptaanNya. My last current post was about Adab-adab tentang seorang pelajar al-Quran, kali ini, aNa akan post tentang Adab-adab dalam menjadi seorang guru al-Quran pula.. Moga ia dapat dimanfaatkan semua hendaknya.. Ameen ya rabb..

1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah SAW

"Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap amalan sesorang itu mengikut apa yang diniatkan."

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

2) Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramainya bilangan murid. Imam Al-Syafie pernah berkata

"Aku ingin semua makhluk yang telah belajar ilmu (ilmu dan kitab2nya) agar tidak disandarkan kepadaku walaupun satu huruf daripadanya."

3) Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW

"Tali hubungan keimanan yang paling kuat iaitu cinta (sayang) kerana Allah dan marah (benci) kerana Allah."

(Riwayat at-Tabrani)

4) Berakhlak dengan akhlak terpuji. Rasulullah bersabda

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

(Riwayat al-Bazzar)

5) Berlembut dengan pelajar. Sabda Rasulullah SAW

"Sesungguhnya manusia akan menjadi pengikut bagi kamu dan sesungguhnya beberapa lelaki akan datang kepada kamu dari merata pelusuk bumi untuk memahami agama, maka apabila mereka datang kepada kamu, maka hendaklah kamu menerima pesananku agar kamu berbuat baik kepada mereka."

(Riwayat at-Tirmidzi)

6) Menasihati pelajarnya supaya berbuat kebaikan. Sabda Rasulullah SAW

"Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Beliau bersabda bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya dan bagi imam2 kaum muslimin serta bagi orang awam dikalangan mereka."

(Riwayat Muslim)

7) Mengajar mengikut kemampuan para pelajar dan mendidik secara beransur-ansur. Kata Ibnu 'Abbas

"Aku disuruh supaya bercakap dengan manusia mengikut kadar kemampuan akal fikiran mereka."

8) Mendahulukan pelajar yang datang dahulu dan sebaliknya serta mengambil berat terhadap pelajaran mereka.

9) Tidak patut menolak seseorang untuk belajar dengannya dengan alasan hatinya tidak ikhlas.

Adab-Adab Pelajar Al-Quran

Assalamu'alaikum warahmatullah antum wa antunna..

How is everybody doing..? Aasif jiddan for not updating my blog for quite a long time.. ngee~
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Ok, kali ini aNa ingin berkongsi tentang adab-adab seorang pelajar al-Quran.. Mari baca sama-sama..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah SAW

"Barangsiapa menuntut ilmu kerana mahu bertelagah dengan orang bodoh atau untuk bertanding dari segi banyaknya ilmu dengan para ulama' ataupun untuk memalingkan perhatian orang ramai terhadapnya maka hendaklah disediakan tempat duduknya daripada api neraka."

(Riwayat at-Tirmidzi)

2) Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya lebih muda, kurang masyhur dan sebagainya. Kata Ibnu 'Abbas

"Kamu hina ketika menuntut (memerlukan) maka kamu mulia ketika dituntut (diperlukan)."


3) Belajar daripada guru yang sempurna keahliannya dan diyakini ilmunya. Telah berkata ulama' salaf antaranya Imam Malik dan Ibnu Sirrin

"Ilmu ini sebagai agama, maka lihatlah daripada siapa yang kamu akan mengambil agama kamu."

4) Belajar dengan bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan dan mengambil berat terhadap pelajaran. Sabda Rasulullah SAW

"Barangsiapa bersusah payah merintis jalan kerana menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke Syurga."

(Riwayat Muslim)

5) Sepatutnya pelajar datang menemui gurunya dan beradab ketika menemuinya serta memandangnya dengan pandangan yang penuh hormat. Sabda Rasulullah SAW

"Ditimbang dakwat para ulama' dengan darah para syuhada' maka lebih berat pahala dakwat para ulama' daripada darah para syuhada'. Barangsiapa yang menziarahi orang alim maka seolah-olah ia menziarahiku dan barangsiapa yang berjabat tangan dengan para ulama' seolah-olah berjabat tangan denganku. Dikatakan kepada orang alim berilah syafa'at pada pelajar-pelajarmu walaupun bilangan mereka sejumlah bintang di langit."

(Riwayat al-Dailami)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.