Adab Berdoa

Assalamu'alaikum w.b.t ya antum wa antunna..

Kaifa haluqum al aan? Diharapkan kalian semua sihat wal-afiah. For this post, i will be sharing a little bit on the courtesy's we should practice while saying our prayers to Allah S.W.T.

1. Setiap orang hendaklah berdoa dengan hati yang khusyuk, sesuai dengan riwayat hadith dari Abdullah bin Umar mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai manusia, perintahkanlah kamu semua dengan kemakbulan, bahawasanya, Allah S.W.T tidak makbulkan doa dari seorang hamba yang hatinya kosong serta lalai."

2. Pabila berdoa, hendaklah berbaik sangka kepada Allah S.W.T.

3. Panjatkanlah doa dengan merendahkan diri.

4. Membesarkan Allah S.W.T dengan puji-pujian dan bersyukur.

5. Menghadap qiblat dan menadah kedua belah tangan dengan bersungguh-sungguh.

6. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan. Sifat ini sesuai dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Jika salah seorang dari kamu berdoa, ia hendaklah memperlihatkan besarnya keinginan untuk memperolehinya."

7. Memulakan dengan memuji Rasulullah SAW. Kemudian dahulukan dengan istighfar 3x dan berdoalah untuk kebaikan diri orang lain.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang lelaki yang berdoa setelah selesai solat tanpa memuji Allah S.W.T dan mengucapkan selawat terlebih dahulu, baginda berkata bahawa orang itu bergesa-gesa, lalu dipanggil dan berkata kepadanya dan juga kepada orang lain. "Bila salah seorang kamu berdoa, maka hendaklah dimulakan dengan membesarkan Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia serta memuji atasNya. Kemudian ia mengucap selawat atas Nabi SAW. Kemudian barulah ia berdoa apa yang ia kehendaki."

8. Seseorang itu hendaklah merendahkan suara pada waktu mengucapkan doa, tidak terlalu keras mahupun terlalu rendah. Itu bertujuan untuk menenangkan jiwa orang yang berdoa.

9. Pilihlah masa dan waktu yang lebih utama agar doa itu dimakbulkan. Dalam sebuah hadith, seseorang bertanya kepada Rasulullah:

"Wahai Rasulullah, mana satu doa yang lebih didengar oleh Allah S.W.T?"

Sabda Nabi:

"Doa ditengah malam dan selesai solat fardhu."

Hadith yang lain pula:

"Jarak yang terdekat antara seorang hamba dengan Allah ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

10. Diucapkan doa yang jelas dan diulang-ulang untuk sesuatu yang lebih dihajati.

11. Berdoa setiap ketika sama ada didalam kesenangan atau kesusahan.

12. Supaya doa segera dimakbulkan, orang yang berdoa itu mesti menjaga makan dan minumnya, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Wahai Rasulullah, bagaimana doaku agar mustajab?"

Jawab Nabi SAW:

"Wahai Saad, jagalah soal makan minum mu, nescaya engkau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah dan nyawa Muhammad dalam tanganNya, jika seorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. Dan sesiapa juga hamba yang memakan makanan haram dan riba, maka neraka lebih layak baginya."

13. Doa yang dipohon tidak mengandungi dosa atau sesuatu yang memutuskan tali silaturrahim.

14. Jangan berdoa sesuatu yang buruk sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

"Jangan berdoa buruk terhadap dirimu, juga terhadap anak-anak kamu. Jangan sampai nanti doa kamu bertepatan dengan suatu saat dimana Allah S.W.T akan memenuhi permohonan hingga doa buruk itu benar-benar termakbul."

15. Menyapu tangan ke muka apabila selesai berdoa.

- Waktu yang Mustajab Berdoa -

> Ketika saat genting dan cemas

> Ketika sujud dalam solat

> Waktu antara adzan dan iqamah

> Ketika hujan lebat mulai turun

> Ketika perang fisabilillah

> Pada malam-malam bulan Ramadhan terutama malam Lailatul Qadr

> Sedang Wuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah

> Waktu menjelang fajar subuh

> Waktu sebelum dan sesudah solat fardhu

> Ketika khatib duduk antara dua khutbah Jumaat

> Pada malam dan pagi Jumaat

> Ketika tawaf di Kaabah.

Perubatan dalam Islam (Part 2)

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, kerna aNa masih dikurniakan kesempatan lagi untuk berkongsi ilmu bersama antum wa antunna sekalian. Insya-Allah, semoga setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita akan menjadi sebuah amal yang afdhal disisiNya. Amiin ya rabbal 'alamiin~

- Tujuan Mengubati Pesakit -

Setiap insan yang diberi nyawa oleh Allah S.W.T ialah untuk mengabdikan diri kepadaNya, setiap insan juga adalah khalifah dimuka bumi ini. Ini bermakna segala kehidupan di muka bumi hendaklah ditadbirkan sesuai dengan kehendakNya.

Badan dan akal yang sihat adalah begitu penting bagi seorang Muslim itu untuk melaksanakan berbagai tugas. Oleh itu jika seseorang itu sakit akan menghalangnya daripada bekerja untuk hidupnya dan beribadah kepada Allah S.W.T.

Dari badan yang sihat akan dapat membina kecerdasan untuk bertindak, berfikir, dan merancang masa depan umat Islam itu sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Hidup di dunia adalah tanam-tanaman, untuk dipetik hasilnya di akhirat."

Kesihatan seseorang itu perlu dijaga dari masa ke semasa seperti sabda Rasulullah S.A.W lagi yang maksudnya:

"Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai dari mukmin yang lemah."

Setiap umat Islam itu hendaklah berdoa agar mereka diberi kesihatan yang lebih baik dari masa ke semasa, agar mereka sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T daripada penyakit zahir dan batin.

Panjatkan doa kepada Allah S.W.T.

"Ya Allah, kurniakanlah kami kesihatan badan dan akal, agar kami dapat berbakti kepadaMu Ya Allah untuk agama dan kehidupan kami di dunia dan akhirat."

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Dalam diri anak Adam r.a ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah segala anggota tubuhnya, jika ia rosak, maka rosaklah segala anggota tubuhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati."

Dapat difahami daripada hadith tersebut bahawa jenis penyakit itu ada dua.

1. Penyakit batin, berlaku atas rohani dan jiwa manusia.

2. Penyakit zahir berlaku pada anggota zahir manusia.

Zahir dan batin adalah saling berkait. Kesihatan rohani hendaklah dijaga setiap ketika, kerana ia mempengaruhi anggota zahir manusia. Keadaan zahir yang sihat belum tentu membayangkan keadaan batin yang sihat.

Keadaan yang zahir boleh dilihat dengan mata kasar iaitu semua anggota badan kita, manakala jasad batin adalah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota zahir, yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa saja yang kita miliki dalam diri kita yang dipanggil roh.

Seandainya salah satu anggota tubuh kita tidak dapat digunakan, kita masih wajib bersyukur pada Allah Ta'ala kerana masih ada banyak lagi anggota yang masih boleh digunakan, insya-Allah.

That's all from me for now, jazakallahu khairan kathir a'la qiraah. =) Ilalliqo' wa ma'assalamah.

Perubatan dalam Islam (part 1)

Assalamu'alaikum w.b.t ya antum wa antunna..

Kaifa haluqum? Aasif for not updating my post's for quite sometime. Alhamdulillah syukur diucapkan kepada Allah yang Maha Esa kerna masih mengurniakan aNa serta saudara dan saudari sekalian kesempatan untuk bernafas serta beribadah di bulan Rejab yang mulia ini.

This time's post would be a little bit about the benefits of falling sick. (^.^) Might sound confusing. But do kindly judge my words after reading it first yeah. =)

- Tujuan Allah Menurunkan Penyakit -

Setiap manusia yang berada di muka bumi ini tidak terlepas dari ditimpa ujian dan kesakitan. Ujian menimpa sesiapa sahaja samada orang itu suka atau tidak, samada dia seorang ahli ibadah atau tidak, samada dia seorang yang berjaga-jaga atau tidak, samada dia seorang mukmin yang bertaqwa atau derhaka, samada raja ataupun rakyat jelata.

Ada tiga tujuan utama mengapa Allah S.W.T menimpankan penyakit itu pada seseorang itu.

1. Penghapusan Dosa, Rahmat dan Peningkatan Darjat.

Sakit bukan sahaja menjadi bala tetapi juga merupakan sebuah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T pada kita. Jika kita berdzikir, beristighfar, solat dan sebagainya, belum tentu Allah Ta'ala terima amal tersebut. Oleh sebab sakit dan ujian yang ditimpakan, kalau dia berdosa, itu adalah penghapusan dosa dan menjadi rahmat untuknya jika dia bersabar. Kiranya dia tidak berdosa, itu akan meningkatkan darjat atau pangkatnya diakhirat kelak insya-Allah.

2. Memberi Keinsafan

Sesetengah orang, insaf pabila ditimpa kesakitan. Dia sedar dan insaf bahawa hakikat sakitnya adalah kerana dosa-dosanya. Dia sabar dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T itu. Jika meninggal pada waktu itu, insya-Allah dia meninggal dalam keadaan baik. Jika dia insaf, itulah rahmat untuknya. Seperti kita memukul anak kerana bermain ditepi kolam. Kita memukulnya kerana sayangkannya dan khuatir dia kan terjatuh lalu lemas.

3. Kutukan Allah S.W.T

Apabila Allah S.W.T sudah murka pada seseorang itu, maka diazabnya didunia lagi sebelum diakhirat. Biasanya kalau seseorang itu ditimpa sakit yang ada hubungan dengan kutukan Allah S.W.T, susah hendak sembuh. Tanda orang ini, apabila ditimpa sakit, samada sudah sembuh atau sedang sakit, dia akan bertambah jahat. Bertambah lupa dengan Allah S.W.T. Imannya semakin rosak. Syariat turut semakin longgar. Barangkali dari solat dia cuai dan lalai. Itulah kutukan Allah S.W.T padanya. Kebanyakan kategori golongan ini, meninggal dalam kehinaan.

Sekian dahulu dari aNa, insya-Allah akan disusuli dengan post berkenaan tujuan mengubati kesakitan pula the next time. Syukran jazilan 'ala qiraah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bulan Rejab dan Fadhilatnya

Assalamu'alaikum warahamtullahi wabarakatuh..

Kaifa haluqum..? aNa harap kalian berada dalam keadaan sihat wal-afiah hendaknya. Post untuk kali ini ialah tentang bulan rejab serta fadhilatnya memandangkan bulan Rejab yang bakal menjelang bermula 24 June ini.. Moga ia mampu menjadi sebuah ilmu yg bermanfaat buat semua. Amiin ya rabbal 'alamiin.

- Pengertian Rejab -

Rejab ertinya "mulia". Bulan Rejab bulan mulia, dinamai demikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini.

- Israk dan Mikhraj Rasulullah SAW -

Setelah Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia, maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah bersandar. Abu Thalib merupakan orang yang sangat berpengaruh di Makkah dan sangat disegani oleh orang ramai. Orang-orang kafir berasa dalam keadaan was-was untuk menganiaya Nabi Muhammad SAW selagi Abu Thalib masih melindunginya.

Khadijah pula merupakan seorang isteri yang sangat istimewa. Rasa penat dalam berdakwah akan hilang sebaik sahaja baginda bertemu Khadijah yang telah mengorbankan seluruh harta kekayaannya untuk perjuangan risalah suci. Pengaruhnya juga sangat kuat dikalangan penduduk Makkah. Justeru itu, wafatnya kedua orang ini merupakan satu kehilangan besar dalam kehidupan Rasulullah, sebab kedua-dua tokoh Quraisy ini merupakan sayap perjuangan baginda. Rasulullah merasakan kesedihan yang amat dengan kehilangan dua orang yang sangat dicintainya. Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.

Disaat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini, gangguan dan hinaan, aniaya serta seksaan yang dialami baginda dengan pengikut-pengikutnya semakin hebat. Maka pada saat itulah, iaitu pada 27 Rejab, Allah SWT memerintahkan supaya Rasulullah SAW menjalani Israk dan Mikhraj. Israk dan Mikhraj adalah merupakan perjalanan pada malam hari dari Masjidil Haraam ke Masjidil Aqso, dari situ baginda terus naik ke langit ke-tujuh dan Sidratul Muntaha. Disitulah baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu.

Hikmah Allah memerintahkan Israk dan Mikhraj kepada Rasulullah SAW dalam perjalanan satu malam itu, adalah untuk lebih menambahkan lagi kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah ke tengah-tengah umat manusia. Dengan demikian akan bertambah kuatlah batin baginda sewaktu menerima cubaan dan musibah serta seksaan betapapun besarnya dalam memperjuangkan cita-cita murni, mengajar seluruh umat manusia tentang agama Islam.

Peristiwa Israk dan Mikhraj ini disamping memberikan kekuatan batin kepada Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah, ia juga menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin. Bagi kaum kafir Quraisy, peristiwa Israk dan Mikhraj ini mereka jadikan senjata untuk menuduh Nabi sebagai seorang yang tidak normal fikirannya dan mereka jadikan ia sebagai bahan hinaan dan cacian.

- Ibadah Yang Dianjurkan Pada Bulan Rejab -

1. Mengerjakan Puasa Sunat Rejab

Sangat banyak hadith Nabi yang menganjurkan supaya kita mengerjakan puasa sunat pada bulan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamakan Rejab. Ia lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan, lebih dingin dari salji. Orang yang berpuasa pada bulan Rejab akan diberi Allah minuman dari air sungai itu."

(Riwayat Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:

"Di dalam syurga itu ada sebuah istana megah untuk orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab."

(Riwayat Tabrani)

Berkata Abu Bakar Siddiq: "Selepas sepertiga malam Jumaat pertama dari bulan Rejab, malaikat penghuni langit berhimpun dalam Kaabah. Allah berfirman kepada mereka: "Wahai para malaikat, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki!" Lalu para malaikat pun menjawab: "Kami memohon wahai Tuhan, ampunilah dosa orang yang mengerjakan puasa pada bulan Rejab." Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya sudah Aku ampunkan dosa mereka."

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah SAW bersabda: "Semua orang lapar pada hari Qiamat, kecuali Nabi-nabi dan keluarga mereka, dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mereka itu kenyang, tiada lapar dan tiada haus." (Hadith dari Siti Aisyah)

Berkenaan dengan pahala bagi orang yang berpuasa pada bulan Rejab, dalam suatu riwayat dihuraikan sebagai berikut:

Bagi orang yang berpuasa sebanyak 20 hari, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, berpuasa 19 hari akan dibinakan sebuah mahligai di syurga, berpuasa 16 hari akan dapat melihat Allah SWT di dalam syurga, berpuasa 15 hari diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun, berpuasa 14 hari diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun, berpuasa 13 hari diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun, berpuasa 10 hari akan diberi dua sayap untuk terbang seperti kilat di atas Sirathal Mustaqim.

Berpuasa 9 hari, tidak ditolak untuk masuk syurga, berpuasa 8 hari akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari Qiamat, berpuasa 7 hari akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Qiamat, berpuasa 6 hari akan dikeluarkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya. Berpuasa 5 hari akan terhindar dari seksa kubur, berpuasa 4 hari akan dijauhkan dari bala bencana, berpuasa 3 hari akan dibina benteng penghalang dari api neraka, berpuasa 2 hari akan dilipatgandakan pahala amal ibadah, berpuasa sehari akan diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun. Berpuasa sehari pada hari peringatan Israk dan Mikhraj akan diberi pahala seperti berpuasa 60 bulan dan berpuasa pada seluruhnya bulan Rejab, insya-Allah akan diampuni oleh Allah SWT semua dosa yang telah berlalu, dipelihara imannya dan terlepas dari dahaga pada hari Qiamat."

Sekian dari aNa, insya-Allah next posting will be about solat-solat sunat yang dapat dikerjakan dalam bulan Rejab. Jazakallahu khairan kathir a'la qiraah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. =)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.