Nama - Nama Suci Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. For this post, aNa ingin berkongsi ilmu tentang nama2 suci al-Quran. Al-Quran ialah kitab yang suci lagi mulia dan mempunyai beberapa nama yang mahsyur antaranya seperti berikut:

1) Al-Quran (bacaan). Dinamakan dengan al-Quran kerana al-Quran itu suatu kitab yang sering dibaca. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-A'raf : ayat 204 :

"Dan apabila dibacakan al-Quran itu maka dengarlah baik2 dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"

2) Al-Furqan (pembeza). Dinamakan dengan al-Furqan kerana al-Quran itu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Furqan : ayat 1 :

"Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan al-Furqan kepada hambaNya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam"

3) Al-Kitab (buku). Dinamakan dengan al-Kitab kerana al-Quran itu dibukukan dalam satu mushaf. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah : ayat 2 :

"Inilah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

4) Al-Dzikr (peringatan). Dinamakan dengan al-Dzikr kerana al-Quran itu menjadi peringatan bagi orang2 yang beriman. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Hijr : ayat 9 :

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Dzikr dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya"

5) Al-Wahy (wahyu). Dinamakan dengan al-Wahy kerana al-Quran itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah Ta'ala. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Anbia' : ayat 45 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan al-Wahy dan tiadalah orang2 tuli itu mendengar seruan apabila mereka diberi peringatan"

6) Al-Ruh (ruh). Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Syura : ayat 52 :

"Dan demikianlah Kami telah mewahyukan kepadamu akan Ruh (al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki diantara hamba2 Kami. Dan sesungguhnya kamu benar2 memberi petunjuk ke jalan yang lurus"

0 comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.