بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullah ya antum wa antunna...Asif jiddan for not updating this blog for quite awhile.. aNa agak sibuk jadi tidak berkesempatan nak duduk depan laptop. (^.^) But Alhamdulillah Segala Puji BagiNya kerna akhirnya aNa ada peluang to do so today. Kali ini, aNa ingin berkongsi maksud tentang kelebihan membaca dan mendengar bacaan al-Quranul Karim. Harap2 ia akan menjadi ilmu yang bermanfaat buat semua hendaknya. Amin. Amin.
Terdapat banyak hadith Rasulullah S.A.W. yang menceritakan tentang kelebihan membaca al-Quran atau mendengar alunan bacaan al-Quran, antaranya seperti berikut.
1) Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf"
(Riwayat at-Tirmidzi)
2) Sabda Rasulullah S.A.W.:
'Bacalah olehmu akan al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat memberi syafa'at kepada pembacanya"
(Riwayat Muslim)
3) Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca al-Quran"
(Riwayat at-Tirmidzi)
4) Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari Qiamat."
(Riwayat Ahmad)
Kelebihan Membaca Al-Quran dan Mendengar Bacaan Al-Quran
Posted by
Liz Rafael
on Tuesday, February 17, 2009
/
Comments: (2)
Kelebihan Al-Quran
Posted by
Liz Rafael
on Friday, February 6, 2009
/
Comments: (0)
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu 'alaikum semua.
Maaf kerna dah beberapa hari tak update blog aNa nie. (^.^) Kaifa haluq..? Ana harap semuanya berada dalam keadaan sihat serta didalam rahmatNya selalu. Amin ya rabbal 'alamin. This time, aNa ingin post tentang kelebihan al-Quranul Karim.
Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya, antaranya seperti berikut.
1) Al-Quran sebagai syafaat dan penghujah. Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah yang mana hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran dihadapannya maka al-Quran akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quan dibelakangnya, maka al-Quran akan mencampakkannya ke Neraka."
(Riwayat Ibnu Hibban)
2) Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah (menghampirkan diri kepadaNya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadaNya yakni al-Quran."
(Riwayat al-Hakim)
3) Al-Quran sebagai cahaya Nur kehidupan dan bekalan ke akhirat sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dzar R.A.
Abu Dzar berkata bahawa beliau telah meminta Rasulullah S.AW. memberikannya satu pesanan. Rasulullah S.A.W. bersabda "Semaikanlah rasa takut kepada Allah sesungguhnya takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan." Abu Dzar meminta baginda menambah lagi. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda "Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untukmu dilangit (akhirat)."
(Riwayat Ibnu Hibban)
4) Al-Quran sebagai kemegahan bagi Umat Islam. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku ialah al-Quran"
(Riwayat Abu Na'im)