بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu 'alaikum semua.
Maaf kerna dah beberapa hari tak update blog aNa nie. (^.^) Kaifa haluq..? Ana harap semuanya berada dalam keadaan sihat serta didalam rahmatNya selalu. Amin ya rabbal 'alamin. This time, aNa ingin post tentang kelebihan al-Quranul Karim.
Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya, antaranya seperti berikut.
1) Al-Quran sebagai syafaat dan penghujah. Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah yang mana hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran dihadapannya maka al-Quran akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quan dibelakangnya, maka al-Quran akan mencampakkannya ke Neraka."
(Riwayat Ibnu Hibban)
2) Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah (menghampirkan diri kepadaNya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadaNya yakni al-Quran."
(Riwayat al-Hakim)
3) Al-Quran sebagai cahaya Nur kehidupan dan bekalan ke akhirat sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dzar R.A.
Abu Dzar berkata bahawa beliau telah meminta Rasulullah S.AW. memberikannya satu pesanan. Rasulullah S.A.W. bersabda "Semaikanlah rasa takut kepada Allah sesungguhnya takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan." Abu Dzar meminta baginda menambah lagi. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda "Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untukmu dilangit (akhirat)."
(Riwayat Ibnu Hibban)
4) Al-Quran sebagai kemegahan bagi Umat Islam. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku ialah al-Quran"
(Riwayat Abu Na'im)
0 comments:
Post a Comment