Mangkuk yang Cantik, Madu, dan Sehelai Rambut

Assalamu'alaikum warahmatullah ya antum wa antunna...

Hari ini, for the first time aNa berjaya menukar template blog aNa..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

hehe... (itupun nak bangga..hadehh)
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Anyhow, disini aNa nak sharekan sebuah tazkirah yang telah di e-mailkan kepada saya daripada seorang sahabat..


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.a. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.a.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang menutup aurat itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Adab-Adab Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Assalamu'alaikum..

I wonder why my eyes practically looks like this
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

sedangkan its practically about 4.30am in the morning.. hehe.. anyway, memandangkan aNa tak mampu nak lelapkan mata aNa nie, baik aNa kongsi lagi ilmu yang insya-Allah akan bermanfaat bagi kita semua. Amin ya rabbal a'lamin.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika membaca atau mendengar bacaan al-Quran, antaranya seperti berikut.

1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala, bagi menghindarkan perasaan riya' dan sum'ah (bermegah-megah). Firman Allah SWT dlm surah Az-Zumar : ayat 11

"Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadaNya dalam beragama."

2) Menghadirkan hati dan akal fikiran supaya bertambah tadabbur (memerhatikan serta memikirkan). Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29

"Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat2Nya dan supaya orang yang berakal itu dapat memikirkannya."

3) Membaca isti'adzah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : ayat 98

"Apabila kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam."

4) Membaca basmalah. Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan itu terputus dari keberkatan."

5) Membaca dalam keadaan berwudhu'. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali karramallahu wajhah berkata:

"Aku lihat Rasulullah SAW berwudhu' lalu beliau membaca sesuatu dari al-Quran kemudian bersabda, Beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yang berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat."

6) Membaca ditempat suci lagi bersih, tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengan kesucian al-Quran. Kata al-Sya'bi:

"Makruh membaca al-Quran pada tiga tempat iaitu di dalam bilik air, dalam tandas dan dalam rumah kisaran di masa dia sedang berpusing."

7) Membersih mulut (bersugi). Sabda Rasulullah SAW:

'Sesungguhnya mulut kamu itu adalah jalan bagi al-Quran maka hendaklah kamu memperelokkan akannya dengan bersugi."

8) Memakai pakaian yang bersih lagi suci. Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir : ayat 4

"Dan pakaianmu hendaklah kamu cuci bersih."

9) Membaca dengan suara yang baik (lunak lagi merdu). Rasululllah SAW bersabda:

"Hiasilah al-Quran itu dengan suara2 kamu sesungguhnya suara yang bagus menambahkan lagi kebagusan al-Quran."

10) Membaca al-Quran dengan khusyu' serta tawaddhu' kerana takut kepada Allah serta memerhati dan memahami apa yang dibaca. Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29

"Ini adalah kitab yang telah Kami turunkan kepada kamu yang mempunyai keberkatan supaya mereka meneliti ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran."

11) Mengadap Qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk iftirasy (duduk tahiyat awal) atau duduk tawarruk (duduk tahiyat akhir). Sabda Rasulullah SAW:

"Semulia-mulia majlis iaitu majlis yang dihadapkan ke arah Qiblat."

12) Bacaan tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' : ayat 86

"Dan apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan (ucapan salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau yang sama dengannya. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu."

13) Berselawat atas Nabi SAW jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa berselawat atasku dengan sekali selawat maka Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali."

14) Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab. Kata Hudzaifah bin al-Yaman:

"Aku sembahyang bersama Nabi SAW pada satu malam lalu baginda memulakan bacaan dengan surah al-Baqarah, dia akan ruku' pada ayat yang ke-seratus kemudian dia teruskan. Dia akan sembahyang dengan surah al-Baqarah di dalam satu raka'at, kemudian seterusnya dia akan memulakan surah an-Nisa'. Dia membacanya secara perlahan, tidak gopoh. Apabila dia melalui ayat yang mengandungi tasbih, dia akan mengucapkan tasbih, apabila dia melalui ayat permintaan, dia akan memohon dan apabila dia melalui ayat perlindungan dia akan meminta perlindungan."

15) Menjawab seruan adzan. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu mendengar adzan, maka ucapkanlah sepertimana yang muadzin ucapkan."

That's all for now. Syukran jiddan for reading!
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Kelebihan Belajar dan Mengajar Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini, aNa ingin post tentang kelebihan mempelajari serta mengajar al-Quran. First of all aNa ingin mengucapkan syukran jazilan pada semua yg sudi singgah blog aNa ingin..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

ngee~ Ok, enough of the sengih2 thing.. Jom baca.. (^.^)


Terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kelebihan belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain, antaranya seperti berikut.

1) Sabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik dikalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain."

(Riwayat al-Bukhari)

2) Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)."

(Riwayat Muslim)

3) Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar:

"Wahai Abu Dzar! Jika kamu pergi di suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang (sunat) seratus raka'at dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang (sunat) seribu raka'at."

(Riwayat Ibnu Majah)

4) Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah:

"Wahai Abu Hurairah! Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian. Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian pada hal engkau berada dalam keadaan demikian, maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang2 yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram."

(Riwayat al-Dailami)

Salam Maulidur Rasul Semua

Assalamu'alaikum warahmatullah semua..

First of all i think i should apologize for not updating this blog for quite a while..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Alhamdulillah hari ini aNa diberi kesempatan olehNya untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1430H kepada semua kaum muslimin serta muslimat. I'm sure those yang sertai perarakan dan hadiri ceramah2 semalam gembira kan..? Sadly i missed out all the fun memandangkan semalam juga lah ke'demam'an. Jadi, terbatallah hasrat nak sertai perarakan.
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot Takpe, nama pun dugaan Ilahi kan. Alhamdulillah at least hari ini, i woke up feeling a lot better than yesterday.
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Insya-Allah, in my next post, i'll be sharing more ilmu with everyone yeah. Until then, i'll have to wait until i stop feeling like this
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot in order for me to start blogging as usual again..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

That's all for now, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. illaliqo'..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.