Adab-Adab Membaca dan Mendengar Bacaan Al-Quran

Assalamu'alaikum..

I wonder why my eyes practically looks like this
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

sedangkan its practically about 4.30am in the morning.. hehe.. anyway, memandangkan aNa tak mampu nak lelapkan mata aNa nie, baik aNa kongsi lagi ilmu yang insya-Allah akan bermanfaat bagi kita semua. Amin ya rabbal a'lamin.

Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika membaca atau mendengar bacaan al-Quran, antaranya seperti berikut.

1) Ikhlaskan niat kerana Allah Ta'ala, bagi menghindarkan perasaan riya' dan sum'ah (bermegah-megah). Firman Allah SWT dlm surah Az-Zumar : ayat 11

"Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan penuh keikhlasan kepadaNya dalam beragama."

2) Menghadirkan hati dan akal fikiran supaya bertambah tadabbur (memerhatikan serta memikirkan). Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29

"Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat2Nya dan supaya orang yang berakal itu dapat memikirkannya."

3) Membaca isti'adzah. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : ayat 98

"Apabila kamu hendak membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam."

4) Membaca basmalah. Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Bismillahir Rahmanir Rahim maka amalan itu terputus dari keberkatan."

5) Membaca dalam keadaan berwudhu'. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali karramallahu wajhah berkata:

"Aku lihat Rasulullah SAW berwudhu' lalu beliau membaca sesuatu dari al-Quran kemudian bersabda, Beginilah bagi orang yang tidak berjunub, adapun orang yang berjunub tidak boleh membacanya walaupun satu ayat."

6) Membaca ditempat suci lagi bersih, tidak boleh membaca di tempat yang bersih tetapi tidak suci dan tempat yang tidak layak dengan kesucian al-Quran. Kata al-Sya'bi:

"Makruh membaca al-Quran pada tiga tempat iaitu di dalam bilik air, dalam tandas dan dalam rumah kisaran di masa dia sedang berpusing."

7) Membersih mulut (bersugi). Sabda Rasulullah SAW:

'Sesungguhnya mulut kamu itu adalah jalan bagi al-Quran maka hendaklah kamu memperelokkan akannya dengan bersugi."

8) Memakai pakaian yang bersih lagi suci. Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir : ayat 4

"Dan pakaianmu hendaklah kamu cuci bersih."

9) Membaca dengan suara yang baik (lunak lagi merdu). Rasululllah SAW bersabda:

"Hiasilah al-Quran itu dengan suara2 kamu sesungguhnya suara yang bagus menambahkan lagi kebagusan al-Quran."

10) Membaca al-Quran dengan khusyu' serta tawaddhu' kerana takut kepada Allah serta memerhati dan memahami apa yang dibaca. Firman Allah SWT dalam surah Shad : ayat 29

"Ini adalah kitab yang telah Kami turunkan kepada kamu yang mempunyai keberkatan supaya mereka meneliti ayat2nya dan supaya mendapat pelajaran orang2 yang mempunyai fikiran."

11) Mengadap Qiblat dan duduk dengan sopan seperti duduk iftirasy (duduk tahiyat awal) atau duduk tawarruk (duduk tahiyat akhir). Sabda Rasulullah SAW:

"Semulia-mulia majlis iaitu majlis yang dihadapkan ke arah Qiblat."

12) Bacaan tidak diselangi dengan percakapan kecuali menjawab salam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' : ayat 86

"Dan apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan (ucapan salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau yang sama dengannya. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu."

13) Berselawat atas Nabi SAW jika menyebut namanya seperti Ahmad, Muhammad, Rasul, dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa berselawat atasku dengan sekali selawat maka Allah akan berselawat atasnya sepuluh kali."

14) Memohon kebajikan jika bertemu ayat rahmat dan sebaliknya jika bertemu ayat azab. Kata Hudzaifah bin al-Yaman:

"Aku sembahyang bersama Nabi SAW pada satu malam lalu baginda memulakan bacaan dengan surah al-Baqarah, dia akan ruku' pada ayat yang ke-seratus kemudian dia teruskan. Dia akan sembahyang dengan surah al-Baqarah di dalam satu raka'at, kemudian seterusnya dia akan memulakan surah an-Nisa'. Dia membacanya secara perlahan, tidak gopoh. Apabila dia melalui ayat yang mengandungi tasbih, dia akan mengucapkan tasbih, apabila dia melalui ayat permintaan, dia akan memohon dan apabila dia melalui ayat perlindungan dia akan meminta perlindungan."

15) Menjawab seruan adzan. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu mendengar adzan, maka ucapkanlah sepertimana yang muadzin ucapkan."

That's all for now. Syukran jiddan for reading!
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

3 comments:

Unknown said...

huh?? x tdo rupa2 nya?? ish3,... anyway thanx for sharing ...

Jolynn said...

Budak ni tak tidur rupanya. Ni copy paste dari mana nih? Hahahaha. Just kidding. But thanks for sharing. Bagus juga sebab anti ada sertakan hadith-hadith juga. Ni mesti hadith-hadith dari JAKIM kan? ;)

Liz Rafael said...

hehe..suka2 je ckp copy-paste ek.. excuse me.. tak main la copy paste nie. originally hand typed tau.. hehe..

dan kepada aku, thanks for reading. also to makcik adawiyah sorang nie, arigato' for reading too. (^.^)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.