Persediaan Menuju Akhirat [Part 1]

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesempatan buat kita untuk bernafas dan beramal di saat ini. Tidak lupa juga selawat dan salam bagi Rasulullah S.A.W yang tercinta serta buat keluarga wa sahabat-sahabat baginda. Kaifa haluqum ya antum wa antunna? Diharap kalian semua berada didalam keadaan yang sihat wal-afiah hendaknya. Post kali ini adalah sedikit sebanyak tentang yaumul Qiamah. Kebanyakan penerangan di dalam post aNa tentang hari Qiamat ini akan dipetik dari surah-surah di dalam al-Quranul Kareem. Tafaddhal qiraah~
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

- Apakah Hari Qiamat Itu? -

Mari kita renungi firman Allah S.W.T ini.

Firman Allah S.W.T:

"Hari Qiamat. Apakah hari Qiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran. Dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang bertebaran." (Surah al-Qari'ah: 1-4)

Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya hari Qiamat itu pastilah datang. Tiada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur." (Surah al-Hajj: ayat 7)

- Bagaimana Berlakunya Qiamat -

Bila berlakunya Qiamat, Allah S.W.T memerintahkan malaikat Israfil meniupkan sangkakalanya. Ketika itu, dunia akan diterbalikkan. Awan dan langit bergulung-gulung, bintang-bintang berguguran, planet-planet akan berlaga sesama sendiri. Perempuan yang sedang mengandung, gugur kandungannya. Begitulah hebatnya gegaran di hari itu.

Ketika itu tidak ada satu pun makhluk Allah yang dapat hidup. Hinggakan pada hari itu, Malaikat Maut pun akan dicabut nyawanya. Malaikat yang meniup sangkakala iaitu Malaikat Israfil, akan turut mati setelah segala makhluk di langit dan bumi ditamatkan riwayatnya.

Suasana diwaktu itu begitu hiruk-pikuk sekali. Masing-masing membawa diri untuk menyelamatkan diri. Namun apabila berlakunya hari yang dijanjikan itu, tiada yang dapat menyelamatkan diri.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi. Kecuali sesiapa yang dikehendakiNya (dikemudiankan matinya). Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing)." (Surah az-Zumar: ayat 68)

Firman Allah S.W.T:

"Apabila terjadi hari Qiamat. Tidak seorang pun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan dan meninggikan. Apabila bumi bergoncang sehebat-hebatnya. Dan gunung-gunung dihancur luluhkan. Sehingga menjadi debu yang berterbangan. (al-Waqiah: ayat 1-6)

"Sebenarnya hari Qiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan Qiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit." (Surah al-Qamar: ayat 46)

"Hari Qiamat adalah merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah boleh mematikan makhluk ini dan menghidupkannya semula. Kepunyaan Allah lah makhluk di langit dan bumi." (Surah al-Hajj: ayat 6)

- Apakah Hari Akhirat -

Setelah sangkakala yang pertama ditiupkan, dalam tempoh masa 40 hari manusia berada di alam barzakh. Setelah tamat tempoh itu, sangkakala yang kedua ditiupkan. Ketika itu seluruh makhluk di langit dan bumi dibangkitkan semula iaitu menuju ke alam akhirat. Disitu setiap makhluk Allah akan dihadapkan di hadapan Allah S.W.T. Setiap perbuatannya sewaktu hidup dahulu akan diadili.

Firman Allah S.W.T:

"Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakan dan apa yang dilalaikannya. Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya....

...Sekali-kali jangan. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia lalu meninggalkan kehidupan akhirat...

..Wajah-wajah orang-orang mukmin pada hari itu berseri-seri. Dan wajah orang kafir pada hari itu pula muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.." (Surah al-Qiamah: ayat 13-25)

"Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala urusan yang kecil mahupun besar akan tertulis. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai. Ditempat yang disenangi disisi Tuhan Yang Berkuasa." (Surah al-Qamar: ayat 52-55)

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. Dan jikalau Kami menghendaki, pastilah Kami hapuskan penglihatan mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba mencari jalan. Maka betapalah mereka dapat melihatNya. Dan jikalau Kami kehendaki, pastilah Kami merubah mereka di tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup berjalan lagi dan tidak pula sanggup kembali." (Surah Yaasin: ayat 65-75)

Jelasnya akhirat adalah tempat manusia dibangkitkan semula. Disitu manusia akan dihadapkan dihadapan Allah S.W.T dan akan dibicarakan di mahkamah akhirat. Hanya amalan soleh yang menjadi pembela. Segala makhluk di langit dan bumi akan menjadi saksi. Mulut dikunci. Hanya anggota badan yang akan menceritakan segala kebaikan dan keburukan yang pernah dilakukan didunia.

Setiap apa yang mereka lakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan yang setimpal. Disitu manusia tidak dapat lari dari hukuman Ilahi. Segala rayuan sudah tidak didengari lagi. Malanglah bagi manusia yang ke neraka buat selama-lamanya. Wallahu a'lam bis-sowab.

Sekian dahulu dari aNa, syukran jazilan a'la qiraah. Jazakallahu khairan kathir. (^.^)

0 comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.