ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Kaifa haluq ya antum wa antunna? Diharapkan kalian semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Pasti saudara serta saudari sekalian tidak sabar untuk menanti kedatangan bulan yang penuh kemuliaan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak which starts on this Saturday. Syukur alhamdulillah kerna kita masih dikurniakan peluang untuk bertemu bulan yang penuh barakah ini once again. Insya-Allah, dalam entry kali ini, aNa hendak berkongsi sebuah kisah yang sangat baik untuk diambil iktibar daripadanya iaitu mengenai Ummu Sulaim, Wanita Yang Sabar dan Redha Dengan Kematian Anaknya. Hayya qiraah! ^.^
Ummu Sulaim ialah ibu kepada Anas r.a. Selepas suaminya meninggal dunia, Ummu Sulaim menjadi janda buat beberapa ketika, ini adalah supaya dia dapat menumpukan perhatian untuk mendidik anak lelakinya. Setelah sekian lama menjanda, maka Ummu Sulaim pun dikahwinkan dengan Abu Talhah r.a, hasil dari perkahwinan itu maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Abu Umair.
Rasulullah S.A.W juga pernah bermain dengan Abu Umair. Pada suatu hari, Abu Umair telah ditimpa sakit dan pada ketika itu Abu Talhah sedang berpuasa. Abu Talhah meninggalkan rumahnya untuk menguruskan kerjanya, setelah Abu Talhah meninggalkan rumahnya untuk beberapa jam, maka anaknya Abu Umair pun meninggal dunia.
Ummu Sulaim memandikan jenazah anaknya dan membalutinya dengan kain lalu diletakkan diatas tempat tidur, kemudian Ummu Sulaim pun mandi dan menyalin pakaian dan menghiaskan dirinya. Setelah Abu Talhah pulang untuk berbuka puasa maka berkata Abu Talhah: "Wahai Ummu Sulaim, bagaimanakah keadaan anak kita?"
Ummu Sulaim berkata: "Anak kita sekarang berada dalam keadaan aman."
Setelah Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, maka dia pun merasa gembira, pada malam tersebut, Ummu Sulaim melayani suaminya dengan baik dengan harapan suaminya akan merasa gembira.
Pada keesokan paginya, ketika suami isteri itu sedang berbual-bual, maka berkata Ummu Sulaim: "Saya mempunyai satu soalan yang hendak dikemukakan kepadamu."
Abu Talhah berkata: "Katakan kepadaku, apakah soalan itu Ummu Sulaim?"
Ummu Sulaim pun berkata: "Andai seseorang itu telah diamanahkan untuk menjaga sesuatu barang itu, kemudian orang yang mengamanahkan barang itu datang dan mengambilnya kembali, maka patutkah kita memberinya kembali atau tidak?"
Abu Talhah menjawab: "Kita mestilah mengembalikan barang yang diamanahkan itu apabila tuannya hendak mengambilnya, kita tidak ada hak untuk menyimpannya."
Ummu Sulaim berkata lagi: "Abu Umair telah diamanahkan Allah S.W.T kepada kita, kini Allah S.W.T telah mengambilnya kembali."
Apabila Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, hatinya menjadi pilu dan beliau berkata: "Wahai Ummu Sulaim, mengapakah kamu tidak memberitahu ku terlebih dahulu?"
Kemudian Abu Talhah pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menceritakan tentang kematian anaknya itu dan layanan isterinya pada malam tersebut. Setelah Rasulullah S.A.W mendengar segala kata-kata dari Abu Talhah itu, maka beliau pun berdoa: "Mudah-mudahan Allah akan memberkati pergaulan dengan isterimu itu."
Hasil dari keberkatan doa Rasulullah S.A.W, maka mereka dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang anak lelaki yang diberi nama Abdullah. Dan Abdullah pula apabila telah dewasa dan mendirikan rumahtangga, maka dia dikurniakan anak seramai 9 orang, kesemua anak Abdullah adalah lelaki dan kesemua anaknya itu menjadi Qari.
Ummu Sulaim merupakan seorang wanita yang sabar dan sangat sabar dan sangat faham tentang agama, inilah salah satu sifat yang harus ada pada setiap suami isteri. Andai wanita yang kematian anaknya itu bukan orang yang berilmu maka sudah tentu syaitan dapat menghancurkan rumahtangga yang bahagia. Senjata utama syaitan untuk menghancurkan rumahtangga yang bahagia ialah dengan menghasut si isteri supaya mengatakan: "Punca kematian anak saya ini adalah kerana kamu, kamu tidak mahu mengambil berat tentang kesihatannya."
Namun andai wanita itu wanita yang beriman pada Allah S.W.T, maka dia akan berkata: "Anak ini adalah amanah dari Allah S.W.T dan kita telah menjaga dengan sebaik-baiknya, kini Allah mengkehendakinya maka kepadaNyalah kita kembalikan."
Wahai saudara muslimin wal muslimat, ingatlah bahawa dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Oleh itu, janganlah menyesal atas sesuatu yang telah tiada. Janganlah kita menyintai sesuatu itu berlebih-lebihan selain dari Allah S.W.T, kerna selain dari Allah S.W.T, semua akan meninggalkan kita atau kita yang akan meninggalkannya.
Dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara dan kehidupan yang tidak kekal, kehidupan di akhirat jualah yang kekal. Selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita harus taat kepada Allah serta rasulNya. Mudah-mudahan Allah S.W.T akan memberikan kita kehidupan yang terbaik di akhirat nanti. Amiin ya rabbal 'alamiin.
Before i wrap things up, i would like to dedicate a little prayer to my late beloved grandmother, may her soul rest in peace with Allah's will.
In Loving Memory - Rosalind Ng - 21st August, 2006
Ummu Sulaim Wanita Yang Sabar dan Redha Dengan Kematian Anaknya
Posted by
Liz Rafael
on Thursday, August 20, 2009
1 comments:
Ummu Sulaim is my role model. =) Doakan saya juga ye...
Semoga Liza pun sentiasa dalam rahmat dan barakahNya.
Hmm... Teringat kat arwah nenek saya juga... =) May her soul rest in peace with Allah's will as well.
InsyaAllah, ameen ya rabbal 'alamin.
Post a Comment