Kelebihan Surah - Surah Tertentu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum Warahmatullah kepada saudara serta saudari sekalian yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog aNa. Syukran jazilan ya antum wa antunna for all the supports. (^.^) Andai ada khilaf dalam mana2 post aNa, seribu satu kemaafan aNa mohon terlebih dahulu. Aasif jiddan. (why do i feel so arabic today) ngee~ Anyway, untuk post kali ini, aNa ingin berkongsi ilmu tentang kelebihan surah2 tertentu yang mempunyai fadhilat yang ternyata baik sekali untuk kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat syafaat dari setiap ilmu yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita dalam pelbagai cara, namun dengan satu matlamat sahaja, iaitu supaya kita menjadi antara golongan yang berilmu. Insya-Allah.

Terdapat banyak hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang menceritakan mengenai kelebihan surah2 tertentu antaranya seperti berikut ;

1) Surah al-Fatihah. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sebaik-baik al-Quran adalah Alhamdulillahi rabbil a'lamin (iaitu surah al-Fatihah)"

(Riwayat al-Baihaqi)

2) Surah al-Baqarah. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah"

(Riwayat al-Hakim)

3) Surah al-Kahf. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara dua Jumaat"

(Riwayat al-Baihaqi)

4) Surah Yaasin. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah Yaasin di permulaan hari insya-Allah akan dipenuhi hajatnya pada hari itu"

(Riwayat al-Darimi)

5) Surah ad-Dukhan. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70 000 para malaikat di waktu pagi"

(Riwayat at-Tirmidzi)

6) Surah al-Mulk. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu Tabarakallazi Biyadihil Mulk"

(Riwayat al-Nasaie)

7) Surah al-kafirun. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca Qul Ya Aiyuhal Kafirun kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik"

(Riwayat at-Tirmidzi)

8) Surah al-Ikhlas. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad seolah-olah ia membaca sepertiga al-Quran"

(Riwayat at-Tirmidzi)

0 comments:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.