Solat Sunat Rawatib

Assalamu'alaikum semua..

Kaifa haluqum ya antum wa antunna..? Ana harap kalian berada di dalam keadaan sihat walafiah hendaknya, insya-Allah. For this post i would like to sharing about Solat Sunat Rawatib. Diharap sedikit ilmu yang bakal dikongsikan ini akan membawa manfaat bagi semua dan akan menjadi amal ibadah yang diredhaiNya selalu. Ameen. =)

1. Pengertian dan Hukumnya.

Solat sunat rawatib ialah solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu, baik ia dikerjakan sebelum atau sesudahnya sebagai solat tambahan.

Rasulullah S.A.W selalu mengerjakan solat ini apabila beliau berada di dalam kota atau sedang tidak bermusafir. Malahan apabila beliau meninggalkan solat ini kerana uzur (sakit), beliau mengqadha'nya. Adapun solat sunat rawatib yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W ialah 12 rakaat iaitu dua rakaat sebelum solat Subuh, dua atau empat rakaat sebelum Zhuhur, dua rakaat sesudah Zhuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dan dua rakaat selepas Isya'. Dalam riwayat lain pula dinyatakan, bahawa Rasulullah S.A.W juga melakukan solat sunat rawatib sebanyak dua rakaat sebelum solat 'Asar.

2. Adab-adab Mengerjakan Solat Sunat Rawatib.

Seseorang yang hendak mengerjakan solat sunat, baik solat sunat Rawatib mahupun bukan, hendaklah menetapkan nawaitu bahawa dia mengerjakan amalan tersebut adalah semata-mata untuk mendekatkan diri serta bermunajat kepada Allah S.W.T disamping meneladani perbuatan Rasulullah S.A.W.

Sehubungan dengan ini, Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud:

"Bahawasanya Allah S.W.T berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang Wali-Ku, maka Aku maklumkan perang kepadanya. Dan tiada yang lebih Aku sukai, daripada dia yang mendekatkan diri kepadaKu, dan dia mendekatkan diri dengan apa yang telah Aku fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat, sehingga Ku mencintainya. Sungguh, jika dia meminta kepadaKu, pastilah Aku perkenankan permohonannya, dan jika dia meminta perlindungan kepadaKu, pastilah Aku melindunginya.

Selain daripada itu, solat-solat sunat yang dikerjakan mampu menyempurnakan kekurang-kekurangan yang ada pada solat fardhu.

3. Pembahagian Solat Sunat Rawatib

a) Dua rakaat sebelum solat Subuh
b) Dua rakaat sebelum solat Zhuhur
c) Dua rakaat selepas solat Zhuhur
d) Dua rakaat sebelum solat 'Asar
e) Dua rakaat selepas solat Maghrib
f) Dua rakaat sebelum solat Isya'
g) Dua rakaat selepas solat Isya'

4. Penjelasan Dan Dasar Hukum Solat Sunat Rawatib.

a) Solat Sunat Fajar.

Solat sunat fajar ialah solat sunat yang dikerjakan sebanyak dua rakaat yang dilakukan pada waktu fajar, atau sebelum melaksanakan solat Subuh. Ia juga disebut dengan solat sunat Subuh.

Banyak sekali riwayat yang menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W sentiasa mengerjakan dengan solat yang ringan atau meringankan bacaannya. Surah-surah yang biasa dibaca Rasulullah dalam solat ini ialah surah al-Kafiruun dan surah al-Ikhlas. Manakala fuqaha Syafi'iyah mengatakan bahawa pada rakaat pertama Rasulullah membaca surah al-Baqarah ayat 136 dan pada rakaat kedua, baginda membaca surah Ali Imran ayat 51. Setelah solat sunat Fajar ini, Rasulullah berdoa mohon perlindungan Allah daripada seksa api neraka.

Berkenaan dengan solat sunat Fajar pagi Jumaat, baginda membaca istighfar sebanyak 3x. Selain itu, diriwayatkan pula bahawa Rasulullah S.A.W mengqadha' solat sunat Fajar yang tertinggal.

Imam Ahmad, Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Umar ibn Hushain, bahawa pada suatu ketika Rasulullah sedang bepergian. Sekalian sahabat sama-sama tertidur sehingga mereka tidak sempat melakukan solat Subuh pada waktunya. Kemudian mereka sama-sama terbangun, demikian juga Rasulullah, ketika matahari sudah terbit, lantas mereka berjalan sedikit hingga matahari agak tinggi. Maka Rasulullah S.A.W menyuruh seorang muadzdzin untuk berdiri melakukan adzan, selanjutnya mereka melakukan solat sunat Fajar dua rakaat, kemudian iqamat dan menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat dikalangan fuqaha berkenaan dengan qadha' sunat Fajar ini.

Imam Abu Hanifah mengatakan, bahawa solat ini adalah solat yang paling kuat sunnahnya. Solat ini tidak boleh dilakukan sambil duduk atau ketika diatas kenderaan tanpa adanya udzur syar'i. Waktu melaksanakan solat ini adalah pada waktu Subuh. Jika telah keluar waktunya, maka solat ini tidak diqadha' melainkan kerana mengiringi solat fardhu.

Jike seseorang tertidur dan terbangun ketika matahari sudah terbit, hendaklah dia mengqadha' solat ini terlebih dahulu kemudian mengqadha' atau menunaikan solat Subuhnya selepas itu.

Dibolehkan mengqadha'nya hingga tergelincir matahari, dan tidak dibolehkan lagi selepas itu. Jadi, apabila waktunya telah terlampau, yang wajib dilaksanakan ketika itu hanyalah solat Subuh sahaja. Adapun surah yang dibaca pada solat ini menurut Hanafiyah ialah surah al-Kafiruun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Apabila solat berjemaah Subuh hendak didirikan sedangkan seseorang itu belum mengerjakan solat sunat dua rakaat, maka hendaklah dia lakukan solat itu terlebih dahulu jika dia yakin akan dapat mengikuti jemaah selepas itu. Tetapi jika tidak mungkin bagi seseorang itu untuk dapat melaksanakan solat Subuh berjemaah, maka tinggalkanlah solat sunat tersebut, dan tiada qadha' lagi selepas itu. Sebab tidak dibenarkan seseorang untuk melaksanakan solat Nafilah, apabila solat fardhu hendak didirikan, demikian juga solat sunat Fajar.

Antara Lafaz niat untuk solat-solat sunat rawatib ialah:

a) Solat sunat fajar --> Usalli sunnatal fajr rak'ataini lillahi ta'ala.

b) Solat sunat sebelum Zhuhur --> Usalli sunnataz zhuhri rak'ataini qabliyyatan lillahi ta'ala.

c) Solat sunat selepas Zhuhur --> Usalli sunnataz zhuhri rak'ataini ba'diyyatan lillahi ta'ala.

d) Solat sunat sebelum 'Asar --> Usalli sunnatal 'asr rak'ataini qabliyyatan lillahi ta'ala.

e) Solat sunat selepas Maghrib --> Usalli sunnatal maghribi rak'ataini ba'diyyatan lillahi ta'ala.

f) Solat sunat sebelum Isya' --> Usalli sunnatal Isyaa'i rak'ataini qabliyyatan lillahi ta'ala.

g) Solat sunat selepas Isya' --> Usalli sunnatal Isyaa'i rak'ataini ba'diyyatan lillahi ta'ala.

Keuntungan solat sunat sebelum subuh adalah berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

"Dua rakaat solat sunat yang dikerjakan sebelum subuh itu lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya."

(Hadith Riwayat Muslim)

Thats all for this time's post, syukran jazilan to all for sparing some time to read my posts. Setiap apa yang benar dan baik itu datang dari Allah dan yang kurang tepat itu semestinya merupakan kelemahan aNa sendiri. Syukran jazilan again for reading. Jazakallahu khairan kathir. (^.^)

4 comments:

pujaans said...

lepas baca kena buat...
jangan malas2... :)

Liz Rafael said...

insya-Allah akan diamalkan semua..

ameen.. syukran a'la ziarah..

Jolynn said...

Memang best bila buat solat sunat rawatib ni. =)

Memang terasa nikmatnya sebab angah kadang-kadang tersenyum bersendirian selepas solat. Hahaha.

=)

Subhanallah sebab solat ni banyak sangat manfaatnya. Kita putuskan diri dari dunia kejap untuk mendekati diri serta berkomunikasi kepada Allah. Rasa bahagia je... Tak perlu bimbang apa-apa masa solat. Hanya ingat Allah masa solat.

Lepas solat baru boleh ingat balik pasal nak makan apa. Haha.

Liz Rafael said...

angah2..

makan juga la yg angah ingat after solat kan..

and to be specific, i think i know what kind of food yg angah akan teringat, which is CHICKEN! hee~ angah ni apa2 makanan yg ada hubungkait dgn ayam pasti akan menjadi pilihan dihati kan.. =)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.