Assalamu'alaikum warahmatullahi ta'ala warabarakatuh.
Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, alhamdulillah syukur aNa masih berpeluang untuk write another post. And this times post will be about solat sunat tasbih. Antara fadhilat mengerjakan solat sunat tasbih ialah insya-Allah, dosa2 kecil dan besar akan diampuniNya dan ia juga baik bagi sesiapa yang ingin dimakbuli doanya segera. Wallahu a'lam bis-sowab.
1. Pengertiannya.
Solat sunat yang dilakukan sebanyak empat rakaat, baik pada waktu siang atau pada malam hari. Ia dinamakan solat sunat Tasbih kerana di dalam solat ini dibaca sebanyak 300 tasbih, yakni 75 kali setiap satu rakaat.
Imam al-Ghazali membezakan solat Tasbih yang dilakukan pada waktu siang hari dengan yang dilakukan pada waktu malam. Menurut beliau, jika solat ini dilakukan pada waktu siang hari, maka hendaklah ia dikerjakan empat rakaat dengan satu salam, manakala jika dikerjakan pada waktu malam hari pula, hendaklah ia dikerjakan empat rakaat dengan dua salam. Dan sebaiknya, setelah membaca tasbih itu, diiringi dengan bacaan
"Laa Hawla Walaa Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil Azhiim"
Yang bermaksud: "Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolong Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung"
2. Cara Melakukan Solat Tasbih
Kaifiyat mengerjakan solat ini terdapat pada dua sumber.
a) Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Abdullah ibn al-Mubarak, iaitu: "Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15x dengan lafaz:
"Subhanallah Walhamdulillahi Walaa Ilaaha Illallahu Wallahu Akbar"
Kemudian membaca ta'awudz dan al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10x. Selanjutnya tasbih itu dibaca sebanyak 10x dalam ruku', i'tidal, sujud, duduk diantara dua sujud, dan pada sujud yang kedua.
Demikianlah setiap rakaat sehingga semuanya berjumlah 300 tasbih.
b) Bersumber dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas R.A yang mengatakan bahawa 15x tasbih dibaca setelah membaca surah, kemudian dibaca sebanyak 10x pada waktu ruku', i'tidal, sujud, duduk diantara dua sujud, sujud yang kedua dan pada waktu duduk istirahat menjelang berdiri untuk mengerjakan rakaat berikutnya.
Semua tasbih yang dibaca pada waktu ruku' dan sujud hendaklah dibaca selepas membaca tasbih ruku' dan sujud.
Sekian dari aNa, semoga setiap amal ibadah kita akan diterima baik disisiNya selalu. Ameen. Barakallahu fikum~
3 comments:
sila layari blog speaker perak untuk mendapat maklumat terkini isu perak.
speakforperak.blogspot.com
terima kasih
sape pernah solat sunat tasbih?
haha... memang penat. klu malas memang xbuat.
sebolehnya buatlahikut kemampuan kan...? sminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali, paling malas seumur hidup sekali...
salam.
aiwa. insya-Allah boleh istiqamah. =)
Post a Comment