Penghayatan Ramadhan [6]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

- Lailatulqadar -

Makna Lailatulqadar:

Tentang makna al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dapat difahami Lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan Al-Quran pada malam itu, turunnya para malaikat, dilimpahi rahmat dan keampunan Allah S.W.T serta Allah S.W.T akan menganugerahkan keagungan kepada mereka yang beribadah pada malam itu.

Al-Qadar juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan malam Nisfu Syaaban adalah malam yang mana Allah menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya.

Mereka berhujah dengan firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab. Kami menurunkan Al-Quran pada malam itu kerana pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta ketetapan yang bakal berlaku."

Menurut tafsiran Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Syaaban. Namun, pendapat ini ditolak kerana nas-nas yang sahih menjelaskan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Malam yang diberkati itu adalah malam Lailatulqadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah Al-Qadr.

Al-Hafiz Ibn Kathir ketika mentafsirkan surah ad-Dukhan, ayat 3-4, katanya, "Allah menjelaskan tentang Al-Quran, ia diturunkan pada malam yang penuh berkat iaitu pada malam Al-Qadr sebagaimana kata Allah S.W.T dalam surah Al-Qadr,

"Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al-Qadr."

(Surah al-Qadr, ayat 1)

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa adalah) bulan Ramadhan yang diturunkan Al-Quran padanya.."

(Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Pengajaran yang dapat diambil adalah sesiapa yang mengatakan malam yang dimaksudkan (dalam surah ad-Dukhan itu) adalah malam Nisfu Syaaban seperti yang dilaporkan daripada Ikrimah, bererti dia menjauhkan diri daripada pengertian asalnya. Ini kerana, Al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (Lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadhan.

(Tafsir Al-Quran Al-Azim, al-Hafiz Ibn Kathir, jilid 4, m/s 137)

Mengikut Quraish Shihab, perkataan Qadar sesuai dengan penggunaannya dalam ayat-ayat al-Quran yang mengandungi tiga maksud iaitu,

1. Penetapan dan pengaturan, sehingga Lailatulqadar difahami sebagai malam penetapan Allah S.W.T bagi perjalanan hidup manusia. Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surah ad-Dukhan ayat 3-5,

"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya daripada hikmat kebijaksanaan Kami, sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus rasul."

2. Kemuliaan. Malam itu adalah malam mulia yang tiada bandingnya. Ia mulia kerana terpilih sebagai malam turunnya al-Quran. Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada surah al-An'am ayat 91 yang berbicara tentang kaum musyrik,

"Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, ketika mereka berkata Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat."

3. Sempit. Malam itu adalah malam yang sempit, kerana banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surah al-Qadar. Penggunaan Qadar bagi melambangkan kesempitan dapat dijumpai pada surah ar-Ra'd ayat 26,

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar); Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia ini tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat."

- Bilakah Berlakunya Lailatulqadar -

Timbul persoalan bila berlaku Lailatulqadar. Ini adalah kerana sekiranya malam itu dapat diketahui saat berlakunya, manusia pasti mahu menggandakan amalam mereka pada malam itu. Ada beberapa petunjuk yang dapat dijadikan pedoman bagi mencari ketibaan malam itu. Diantaranya ialah:

1. Terdapat pendapat yang mengatakan terjadinya malam Lailatulqadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Hal itu berdasarkan hadith daripada Aisyah yang mengatakan,

"Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan dan beliau telah bersabda, "Carilah malam Lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Sabda Rasulullah s.a.w,

"Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia berputus asa mencarinya pada baki tujuh malam terakhir."

(Riwayat Muslim)

3. Daripada Ibn Abbas berkata, "Umar memanggil para sahabat Rasulullah kemudian menanyakan mengenai malam Lailatulqadar kepada mereka, maka mereka sepakat bahawa malam tersebut jatuh pada malam 10 terakhir bukan Ramadhan. Kemudian Ibn Abbas berkata, "Ketika itu aku mengatakan kepada Umar, sesungguhnya aku tahu malam ke berapa." Kemudian Umar bertanya, "Malam keberapa?" Aku menjawab, "Malam ketujuh pertama bulan Ramadhan atau malam ketujuh pada hari 10 terakhir bulan tersebut." Kemudian dia bertanya kembali, "Daripada mana kamu mengetahui hal tersebut?" Maka aku pun menjawab, "Allah menciptakan 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, 7 hari dan masa terus beredar dalam 7 putaran, manusia terbentuk dalam 7 bulan, bersujud sebanyak 7 kali, begitu juga dengan tawaf, melontar jamrah dan sebagainya."

Pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat yang menyatakan bahawa Lailatulqadar jatuh pada hari-hari ganjil terakhir bulan Ramadhan dan daripada hari ganjil itu terpilih pada malam 27.

Mengikut kitab Matla' al-Badrain wa Majma' al-Bahrain karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani mengatakan Lailatulqadar itu dapat diketahui berdasarkan hari pertama bulan Ramadhan.

* Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatulqadar berlaku pada malam ke-29

* Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatulqadar berlaku pada malam ke-21

* Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27

* Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatulqadar berlaku pada malam ke-25

* Sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatulqadar berlaku pada malam ke-23

Harus diingat, jangan disebabkan keyakinan pada tanda-tanda ini, kualiti dan kuantiti ibadah kita berkurangan pada malam-malam yang lain. Namun begitu, ianya boleh dijadikan panduan untuk kita mencari dan menentukan bilakah berlakunya Lailatulqadar.

- Tanda-tanda Lailatulqadar -

Berlakunya Lailatulqadar dapat diketahui melalui beberapa tanda. Antaranya:

1. Hadith daripada Zir bin Hubaisy, beliau berkata,

"Aku mendengar Ubay bin Kaab berkata, sesiapa yang bangun pada tengah malam selama satu tahun, dia akan mendapatkan Lailatulqadar. Ayahku berkata, 'Demi Allah, tidak ada Tuhan selain Dia, malam itu terdapat pada bulan Ramadhan. Demi Allah, aku mengetahuinya, tapi malam manakah itu? Malam yang mana Rasulullah memerintahkan kita supaya bangun dan beribadah. Malam itu adalah malam ke-27 yang ditandai dengan terbitnya matahari berwarna putih bersih tidak bercahaya seperti biasanya."

2. Hadith yang dilaporkan oleh Ibn Abbas, "Ketika Lailatulqadar pergi meninggalkan, bumi tidak terasa dingin, tidak juga panas dan matahari terlihat warna merah pudar."

3. Hadith daripada Ahmad, "Pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi dan rembulan bersinar."

4. Ibn Munir pula berkata, "Lailatulqadar tidak selamanya harus diiringi keajaiban atau kejadian aneh kerana Allah S.W.T Maha Mulia dan memberikan segala sesuatu sesuai dengan kehendaknya. Sehingga ada yang mendapatkan malam Lailatulqadar hanya dengan beribadah tanpa melihat adanya keanehan dan ada sebahagian lain yang melihat keanehan tanpa disertai ibadah, maka penyertaan ibadah tanpa disertai keanehan kedudukannya adalah lebih utama disisi Allah."

5. Ibn Mas'ud ada menyatakan bahawa sesiapa yang bangun malam selama setahun, maka dia akan mendapatkan Lailatulqadar.

- Hikmah Lailtulqadar -

Lailtulqadar adalah malam yang berlaku pada Ramadhan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran iaitu pada surah ad-Dukhan dan al-Qadar. Firman Allah yang bermaksud;

"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

(Surah ad-Dukhan, ayat 3)

Dan firmanNya lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan."

(Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat itu, dapat dilihat malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah S.W.T memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."

(Surah al-Qadr, ayat 3)

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadith Rasulullah yang dilaporkan oleh Aisyah, malam itu berlaku pada 10 malam ganjil akhir Ramadhan.

Menurut Prof. Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatulqadar adalah supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadhan tanpa menumpukan pada satu malam sahaja. Ini kerana setiap malam pada Ramadhan ia memiliki hikmah dan rahsia tersendiri. Wallahu a'lam bis-sowab.

Penghayatan Ramadhan [5]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

- Pengertian Tarawih -

Solat tarawih adalah solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadhan. Ia boleh dikerjakan secara bersendirian tetapi lebih afdhal secara berjemaah. Tarawih dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan tarwihah dan jamaknya ialah tarawih. Ia bermaksud waktu bagi istirehat.

- Hukum -

Mengikut imam mazhab yang empat, hukum solat tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntuti dan dianjurkan untuk dilakukan.

- Waktu Perlaksanaan -

Ia dilakukan sesudah waktu Isya' sehingga terbit fajar dan disunatkan solat witir selepasnya. Pada zaman Rasulullah dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq, solat taarwih dilaksanankan pada waktu malam. Ia bukan dinamakan solat tarawih, tetapi dinamakan qiyam Ramadhan (solat malam pada Ramadhan).

- Dalil -

Daripada Aisyah, katanya:

"Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam solat di masjid, lalu para sahabat mengikuti solat beliau. Kemudian beliau solat pada malam berikutnya (malam kedua) dengan diikuti para sahabat yang lebih ramai. Kemudian, para sahabat berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat, tetapi Rasulullah tidak keluar. Lalu pada pagi hari Baginda berkata, "Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kalian lakukan dan tidak ada yang mencegahku keluar kepada kalian kecuali aku khuatir akan diwajibkan pada kalian dan (peristiwa) itu terjadi pada bulan Ramadhan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Tatacara -

Cara melakukan solat tarawih adalah bermula dengan dua rakaat dengan satu salam. Solat ini tidak sah tanpa membaca surah al-Fatihah. Kemudian disunatkan untuk membaca ayat atau surah pada setiap rakaat selepas membaca al-Fatihah dan tidak digalakkan melakukan empat rakaat dengan satu salam kecuali mazhab Hanafi.

- Jumlah Rakaat Solat Tarawih -

Ramadhan dan tarawih sudah sinonim bagi orang beribadah. Ramadhan bagaikan tidak lengkap tanpa solat tarawih. Oleh itu, ia menjadi amalan yang dituntut pada bulan Ramadhan.

Namun, ulama berbeza pendapat mengenai jumlah rakaatnya. Ada yang mengatakan 8, 20 dan 36 rakaat.

- Witir -

Solat witir adalah solat ganjil. Ini berdasarkan hadith Rasulullah. Ali bin Abu Talib berkata,

"Rasulullah berkata, "Wahai ahli al-Quran, (solatlah) witir kerana sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan mengasihi yang witir."

(Riwayat Abu Daud)

- Hukum -

Mengikut pendapat mazhab Hanafi, solat witir hukumnya wajib. Manakala mengikut pendapat imam mazhab yang lain mengatakan hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah:

"Rasulullah berkata kepadaku, "Tiga perkara yang harus saya (Abu Hurairah) lakukan adalah solat witir, puasa tiga hari setiap bulan dan solat Dhuha."

(Riwayat at-Tirmizi)

- Jumlah Perlaksanaan dan Jumlah Rakaat -

Solat witir dilakukan selepas solat Isya' hingga masuknya waktu Subuh. Manakala jumlah rakaatnya yang paling sedikit adalah 1 rakaat, kebiasaannya 3 rakaat dan paling banyaka adalah 11 rakaat.

- Tatacara -

Kebiasaannya solat witir dilakukan selepas tarawih atau selepas solat sunat ba'diyah Isya'. Untuk solat sunat witir 3 rakaat, ia boleh dilakukan dengan satu salam atau dua salam. Yang lebih baik adalah jika dilakukan dengan dua salam kerana banyak hadith sohih berbicara tentang hal itu. Ia dilakukan seperti kebanyakan solat sunat yang lain.

Manakala bacaan surah pula berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Abdul Aziz bin Juraij. Ia berkata,

"Kami bertanya kepada Aisyah mengenai solat witir Rasulullah. Aisyah berkata, "Rasulullah membaca pada rakaat pertama dengan surah al-A'la, pada rakaat kedua surah al-Kafirun dan pada rakaat ketiga dengan surah Al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas."

(Riwayat at-Tirmizi)

Walaupun solat witir adalah solat paling akhir antara solat-solat malam, namun tidak mengapa jika dilakukan solat sunat sesudahnya. Ini berdasarkan hadith yang diberitahu Aisyah,

"Sesungguhnya Nabi Muhammad melaksanakan solat dua rakaat sesudah witir dengan duduk."

Apabila sudah dilakukan solat witir, tidak boleh lagi diulangi, berdasarkan hadith,

Daripada Qais bin Talq daripada bapanya berkata, "Aku mendengar Nabi bersabda: "Tidak ada dua witir dalam satu malam."

(Riwayat Abu Daud)

- Tahajjud -

Sembahyang tahajjud atau sembahyang malam adalah sembahyang sunat yang disyariatkan oleh Allah. Sebelum difardhukan sembahyang lima waktu pada malam Israk dan Mikhraj yang jatuh pada malam 27 Rejab, ibadah sembahyang yang menjadi kewajipan kepada Rasulullah dan umatnya pada awal Islam adalah sembahyang malam atau sembahyang tahajjud. Ini berpandukan firman Allah:

"Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu per satu persediaan yang dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka kerjakan."

(Surah as-Sajadah, ayat 17)

Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat ditempat yang terpuji."

(Surah al-Israk, ayat 79)

Dan Allah telah berfirman:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, seain daripada sedikit masa (yang tidak dapat untuk berehat)."

(Surah al-Muzzammil, ayat 1-2)

Manakala daripada hadith, terdapat banyak rekod mengenai solat tahajjud, antaranya:

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah telah bersabda: "Sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat malam."

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahlili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu solat malam (tahajjud) kerana sesungguhnya adalah adat orang soleh sebelum kamu, mendekatkan diri kepada Tuhan kamu, menghapuskan dosa-dosa dan menjauhi daripada kemungkaran."

(Riwayat al-Hakim)

- Kelebihan -

Solat malam terdapat banyak kelebihan-kelebihannya. Saidina Umat Al-Khattab menerang kelebihan sembahyang malam dengan berkata, "Sesiapa yang mengerjakan solat malam (tahjjud) dengan khusyuk pasti dianugerahkan Allah sembilan kurniaan, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia adalah:

* Jauh daripada segala penyakit

* Kesan taqwa pada wajahnya

* Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

* Percakapannya mengandungi hikmat

* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat adalah:

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

* Dipermudahkan hisab

* Melalui titian sirat seperti kilat

* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

- Waktunya -

Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah pada sepertiga akhir malam iaitu kira-kira dari pukul 2.30 pagi sehingga menjelang subuh.

Banyak hadith-hadith yang membicarakan tentang solat malam ini, antaranya:

Daripada Amru bin Abasah telah bertanya kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, malam yang manakah didengari?' Lalu Rasulullah menjawab; "Sepertiga malam yang akhir. Maka solatlah sekiranya kamu mahu."

(Riwayat Abu Daud)

Manakala hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

Allah telah berfirman, "Sesiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan perkenankan doanya, sesiapa yang memohon sesuatu kepadaKu maka Aku akan berikan kepadanya, sesiapa yang memohon ampun kepadaKu maka Aku akan ampunkan dosanya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Bilangan Rakaat -

Para sarjana ilmu feqah bersepakat bahawa rakaat paling sedikit bagi solat tahajjud ialah dua rakaat berdasarkan hadith Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

"Apabila salah seorang daripada kamu bangun pada waktu malam, maka hendaklah dia memulakan solatnya dua rakaat yang ringkas."

(Riwayat Muslim)

Namun mereka berselisih pendapat tentang rakaat paling banyak bagi solat tahajjud.

* Mazhab Hanafi: Paling banyak 8 rakaat

* Mazhab Maliki: Paling banyak 10 atau 12 rakaat

* Mazhab Syafie dan Hambali: Tidak ada bilangan khusus

- Petua Bangun Malam -

Ustaz Muhd Syafie, setiausaha penasihat syariah memberikan petua bangun malam selepas tidur, antaranya:

* Tingkatkan keimanan. Ingatlah, sembahyang ini menjadi sesuatu yang berat melainkan bagi hati yang khusyuk. Bagi mendapatkan hati yang khusyuk, perlulah dibina dahulu iman dalam jiwa. Orang yang beriman akan bertambah kuat iman serta keyakinan diri mereka apabila kerap bersembahyang tahajjud.

* Sebelum tidur, sematkan dalam fikiran kita supaya bangun pada sepertiga malam, pukul tiga misalnya bagi sembahyang tahajjud. Insya-Alah pada waktu yang dikehendaki itu kita akan terjaga.

* Jadikannya suatu kebiasaan. Walaupun kita tidur lewat, asalkan bangun pada waktu yang dikehendaki bagi sembahyang tahajjud.

- Solat Tahajjud Dari Sudut Perubatan -

Ada teori yang mengatakan manusia perlu tidur selama 6 sehingga 8 jam sehari. Namun demikian, teori ini ditolak oleh para saintis barat seperti Dr Ray Meddis, seorang professor di Department of Human Sciences, England University of Technology. Beliau mengatakan, "Manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja."

Keperluan tidur hanyalah bagi merehatkan sistem dalam badan dan minda kerana sudah bekerja sebelum ini. Tidur yang banyak boleh melemahkan sistem itu bagi jangka masa panjang.

Mengikut kata-kata Ustaz Ismail bin Said, Allah mencipta udara khas yang diperlukan untuk sistem badan manusia. Udara ini hanya terdapat pada tiga perempat malam atau lebih kurang jam 3 pagi sehingga terbit matahari. Beliau menyarankan supaya udara ini perlu disedut melalui hidung dan dihembuskan melalui mulut. Ia boleh dilakukan seberapa banyak kali yang mungkin. Sebaiknya, ia perlu dijadikan amalan agar sistem dalam badan sentiasa sihat dan dapat menghindari daripada sebarang penyakit.

Pendapat ini disokong oleh Ustaz Sanusi bin Ismail. Namun demikian, beliau menambah supaya udara yang disedut melalui hidung itu, ditahan beberapa saat sebelum dihembuskan melalui mulut. Ia bertujuan supaya udara yang disedut itu dapat meresap ke dalam sistem badan.

Amalan ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang sentiasa bangun malam bagi menunaikan solat tahajjud dan sebagainya. Oleh itu, patut bagi kita mengubah minda dan persepsi sebelum ini daripada bertapak dalam fikiran kita lagi. Saranan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang memerlukan umatnya bangun pada waktu malam bagi menunaikan solat tahajjud.

Penghayatan Ramadhan [4]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

- Adab-Adab Puasa Ramadhan -

Latihan dan pendidikan yang terdapat di dalam Ramadhan tidak akan menghasilkan taqwa melainkan jika adab-adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab-adab itu ialah:

* Bersahur dan melewatkan pengambilannya.

* Bersikap dermawan.

* Bertadarus al-Quran secara konsisten.

* Melaksanakan solat tarawih.

* Beriktikaf terutama pada 10 hari terakhir Ramadhan.

* Mengawal nafsu, perbaiki sikap serta memelihara lidah iaitu kata2.

* Menggalakkan keluarga beramal soleh.

* Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi.

* Menyediakan makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan beberapa biji tamar atau segelas air.

* Tidak banyak tidur pada siang hari dan makan pada waktu malam.

* Berusaha menjaga anggota tubuh badan dari melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.

* Melaksanakan tanggungjawab sosial iaitu mengeluarkan zakat fitrah.

* Mengejar Lailatulqadar.

* Meninggalkan perkara yang sia-sia.

- Amalan Yang Menghidupkan Ramadhan -

1. Sedekah

Memperbanyakkan sedekah dan bermurah hati di bulan Ramadhan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan:

"Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih banyak menderma ketika bulan Ramadhan."

(Riwayat Bukhari)

2. Membaca al-Quran

Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadhan kerana ianya bulan al-Quran sebagaimana Allah telah berfirman:

"...bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah."

(Surah al-Baqarah ayat 185)

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Rasulullah setiap hari pada bulan Ramadhan. Para salaf dahulu juga mendahulukan bacaan al-Quran berbanding ibadah-ibadah lain. Imam Zuhri telah berkata bahawa sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa."

3. Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti orang yang berpuasa dalam keadaan tidak berkurang sedikit pun dari pahala orang yang berpuasa itu."

(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

4. Qiamullail

Qiamullail ertinya berjaga malam. Disunatkan untuk berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadhan iaitu untuk solat Tarawih dan waktunya ialah diantara solat Isya' sehinggalah terbitnya fajar. Rasulullah sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadhan. Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa menghidupkan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."

(Riwayat Bukhari)

5. Mengerjakan Umrah

Perkara yang disunatkan pada bulan Ramadhan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Rasulullah:

"Umrah pada bulan Ramadhan pahalanya sama dengan pahala mengerjakan Haji atau mengerjakan haji bersamaku."

(Riwayat Bukhari)

6. Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadhan atau paling lewat sebelum selesainya solat sunat Hari Raya. Setiap individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat ini.

7. Iktikaf di Masjid

Antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadhan yang dipelihara sekaligus dianjurkan oleh Rasulullah adalah iktikaf. Setiap Muslim disunatkan untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

- Adab Berbuka Puasa -

Selain adab-adab yang diterangkan diatas, ada juga adab ketika berbuka puasa. Antara adab-adab berbuka puasa ialah:

1. Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu.

"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Berdoa ketika berbuka.

Ini berdasarkan hadith Rasulullah:

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka."

(Riwayat Ibn Majah)

3. Berdoa bagi orang yang menjamu kita berbuka.

4. Berbuka puasa dengan tamar atau air.

5. Makan dengan kadar tidak berlebihan ketika berbuka.

6. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.

Namun begitu, sekiranya makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadith-hadith bagina Rasulullah s.a.w, antaranya:

Apabila sudah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan makan kamu."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penghayatan Ramadhan [3]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

- Kelebihan Ramadhan -

Oleh kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain, sudah tentu ia mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri, antaranya:

1. Ramadhan adalah penghulu bagi semua bulan.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir:

"Penghulu bulan ialah bulan Ramadhan dan pengulu hari ialah hari Jumaat."

2. Dibuka pintu syurga.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu."

3. Diampunkan dosa sehingga Ramadhan yang akan datang.

Sebagaimana hadith riwayat Muslim yang dilaporkan oleh Abu Hurairah:

"Solat fardhu lima waktu, Jumaat kepada Jumaat dan Ramadhan kepada Ramadhan, akan diampunkan diantara keduanya sekiranya seseorang itu melakukan dosa-dosa besar."

4. Ganjaran daripada Allah.

Hadith ini diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah telah bersabda:

"Allah telah berfirman: "Setiap amalan anak Adam adalah baginya melainkan puasa dan Aku yang akan membalasnya. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan kegembiraan berjumpa dengan Tuhannya. Dan perubahan bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi disisi Allah berbanding haruman kasturi."

5. Diampunkan dosa terdahulu.

Hadith ini diriwayatkan oleh sebilangan ahli hadith termasuk Bukhari dan Muslim iaitu:

"Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas, diampun dosanya (yang terdahulu)."

6. Diturunkan al-Quran.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada awal bulan Ramadhan dan diturunkan Taurat pada 6 Ramadhan dan diturunkan Injil pada 13 Ramadhan dan diturunkan Zabur pada 18 Ramadhan dan diturunkan al-Quran pada 14 Ramadhan."

(al-Mu'jam al-Kabir)

7. Bulan keberkatan.

Ubadah bin Samit melaporkan Rasulullah telah bersabda mengenai hadirnya bulan Ramadhan:

"Datang pada kalian bulan Ramadhan bulan berkat, didalamnya Allah membuka untuk kalian kebaikan-kebaikan, Allah menurunkan rahmatnya, menghapuskan dosa-dosa, mengabulkan dosa, Allah memperhatikan usaha-usaha kalian (berlumba-lumba dalam kebaikan) dan Allah begitu membanggakanmu dihadapan para malaikat."

(Musnad al-Syamiyin al-Tabarani)

8. Malam Lailatulqadar.

Abu Hurairah melaporkan Rasulullah telah bersabda:

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan Qiamullail dengan penuh iman dan mengharapkan redha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu."

(Riwayat Bukhari)

9. Dibebaskan daripada api neraka.

"Sesungguhnya hamba-hamba Allah dibebaskan (daripada api neraka) setiap waktu berbuka, dan demikian itu pada setiap malam."

(Riwayat Ahmad)

- Faedah Berpuasa -

* Puasa adalah kepatuhan dan ketaatan kepada Allah maka tiada balasan bagi orang yang mengerjakannya kecuali pahala yang melimpah baginya.

* Berpuasa juga dapat melatih diri dalam pelbagai masalah seperti jihad nafsu, melawan gangguan syaitan dan bersabar atas malapetaka yang menimpa.

* Puasa dapat menahan daripada pelbagai 'syurga duniawi', mengajar sifat sabar dalam menghadapi pelbagai situasi serta membolehkan berfikir secara rasional.

* Dengan puasa kita diajar supaya hidup lebih teratur dengan adanya waktu berbuka dan bersahur.

* Berpuasa juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan serta menimbulkan perasaan saling tolong-menolong sesama manusia.

Penghayatan Ramadhan [2]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

- Asas Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal -

Pendahuluan:

Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada al-Quran dan Sunnah yang menerangkan mengenai pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu yang disebut Mawaqit.

Asas penentuan awal bulan Hijrah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari. Ia menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubung kait dengan ibadah puasa dan hari raya puasa.

Al-Quran dan Sunnah memberi panduan kepada kita untuk membuat penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Para ulama membahaskan dengan panjang lebar berkenaan isu ini dalam kitab-kitab mereka. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:

1. Rukyah (melihat anak bulan)
2. Hisab falak (pengiraan)
3. Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria Imkan ar-Rukyah, iaitu menggunakan hisab dalam menentukan nampak anak bulan. Perbezaan amalan dan cara diatas berlaku adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadith yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria Imkan ar-Rukyah

Apabila membicarakan mengenai asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah dan Nabi Muhammad kepada kita iaitu al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama.

Dalil:

1. Dalil-dalil al-Quran

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami menjadikan tanda siang itu terang benderang supaya kamu mudah mencari rezeki daripada limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari), dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

(Surah al-Israk, ayat 12)

Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan kegunaan yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kamu yang mahu mengetahui (hikmah setiap yang dijadikanNya).

(Surah Yunus, ayat 5)

2. Dalil Hadith Rasulullah

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah telah bersabda: "Berpuasalah kamu kerana melihat hilai (anak bulan) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bilangan bulan tersebut (tiga puluh hari)."

(Riwayat Muslim)

Penghayatan Ramadhan [1]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم


Kaifa haluqum al aan? Syukur ke-hadratNya kerana masih mengurniakan aNa peluang untuk berkongsi ilmu sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal tiba pada bulan hadapan. Sebagai permulaan, aNa akan menulis sebuah entry bertajuk: Kesucian Ramadhan. Tafaddhal qiraah.

Ramadhan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud panas terik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Ramadhan itu digunakan kerana pada bulan itu, dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk serius untuk menghapuskan dosa, muhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan sesuatu bahan.

Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 dan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam. Seperti bulan-bulan Islam yang lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam Al-Quran,

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (antara yang haq dan yang batil). Oleh itu, sesiapa antara kamu hadir pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu."
(Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan muhasabah diri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja, umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin dan kurang upaya.

- Pengertian Puasa -

Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.

Puasa dari segi bahasa Arab bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang menceritakan tentang Maryam,

"Sesungguhnya aku bernazar bagi Tuhan yang bersifat Pengasih akan mengerjakan puasa, iaitu menahan diri dan diam dari berkata-kata."

(Surah Maryam, ayat 26)

Pengertian puasa mengikut istilah hukum syarak pula ialah menahan diri daripada perkara-perkara tertentu oleh orang-orang yang tertentu pada waktu-waktu yang tertentu dengan beberapa syarat.

Maksud perkara-perkara tertentu adalah makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Orang yang tertentu pula adalah orang yang menganut agama Islam, cukup umur dan berakal. Sementara pada waktu-waktu tertentu itu pula bererti sepanjang hari iaitu mulai terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Selama sebulan Ramadhan, umat Islam akan berpuasa setiap hari. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadhan dengan berpuasa pada siang harinya.

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dengan puasa penganut agama lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan berbuka dengan kurma, atau makanan dan minuman yang manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga menjamu orang lain berbuka puasa.

- Jenis-jenis Puasa -

Puasa Wajib:

* Puasa bulan Ramadhan
* Puasa ganti
* Puasa Kifarat
* Puasa nazar

Puasa Sunat:

* Puasa enam hari pada bulan Syawal
* Puasa hari Arafah
* Puasa hari Asyura pada 10 Muharram
* Puasa bulan Syaaban
* Puasa Isnin dan Khamis
* Puasa pertengahan bulan iaitu pada 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan

Puasa Makruh:

* Puasa setiap hari terus menerus sepanjang masa
* Puasa khusus pada hari Jumaat sahaja
* Puasa khusus pada hari Sabtu sahaja

Puasa Haram:

* Puasa pada hari raya pertama Aidilfitri
* Puasa pada hari raya Aidiladha
* Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidiladha atau hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
* Puasa isteri tanpa izin suaminya
*Puasa hari syak (hari ke-30 bulan Syaaban)
* Puasa perempuan haid atau nifas

Syarat Wajib Puasa:

* Berakal
* Akil baligh (cukup umur)
* Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa:

* Islam
* Mumaiyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
* Suci daripada haid dan nifas
* Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa

Rukun Puasa:

* Berniat – Pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan, hendaklah berniat dalam hati bagi mengerjakan puasa pada hari esok
* Menahan diri daripada segala perbuatan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

Perkara Yang Membatalkan Puasa:

* Makan dan minum dengan sengaja
* Muntah dengan sengaja
* Bersetubuh pada siang hari
* Keluar haid dan nifas

Orang Yang Diizinkan Berbuka:

* Orang yang sakit
* Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 80km
* Orang tua yang sudah lemah
* Perempuan yang hamil dan perempuan yang menyusukan anak

Sehingga disini dahulu aNa menulis, insya-Allah akan bersambung lagi di entry seterusnya.. Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi semua.. Syukran jazilan sekali lagi kerana sudi membaca.. Ilalliqo’ wa ma’assalamah. (^.^)

Keikhlasan Lillahi Ta'ala


ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaifa haluqum al 'aan? Syukur Alhamdulillah hari ini aNa berpeluang untuk update blog ini dengan entri yang baru. Entri kali ini menyentuh tentang keikhlasan lillahi ta'ala di dalam setiap kata-kata dan perbuatan kita seharian. Pasti ramai yang pernah mendengar kata-kata mutiara seperti keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar untuk dilihat..

Setiap manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Dan setiap manusia itu juga pasti akan diberi peluang untuk kembali ke jalanNya. Pada zaman ini, seringkali terjadi permusuhan dan pertelingkahan sesama manusia, yang jelasnya terjadi kerana hasutan syaitan yang tidak akan berputus asa dalam menghasut manusia ke lembah kehinaan.

Perkara-perkara seperti ungkit-mengungkit sering menjadi punca kepada sesebuah pertelingkahan. Andai kita ikhlas dalam mengharapkan redhaNya, sudah tentu kita tidak akan berani untuk mengungkit sama sekali akan apa yang telah kita lakukan kerana apa yang dilakukan adalah kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukannya kerana hendak bermegah-megah dengan bangga.

Dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk, dan keikhlasan adalah salah satu daripadanya. Contoh, pada asalnya kita telah memberi sesebuah hadiah itu kepada sahabat kita dengan tulus ikhlas, namun apabila berlakunya sedikit pertelingkahan, kita mula mengungkit akan apa yang telah kita berikan pada sahabat kita selama ini. Maka disitu terhapuslah amalan kebajikan kita meskipun pada awalnya kita telah memberi dengan hati yang ikhlas.

Kita harus sedar bahawa di dalam dunia ini, tiada apa yang merupakan hak milik mutlak kita kerana sesungguhnya setiap apa di dalam dunia ini adalah pinjaman dari Allah Yang Maha Esa. Dunia ini merupakan ladang akhirat. Disini kita bercucuk tanam, di akhirat kita akan mendapat hasilnya. Jika kita berbuat baik didunia, insya-Allah baik juga hasilnya nanti, namun andai dilakukan yang sebaliknya, mohonlah ampun kepada Allah Yang Maha Menerima Taubat, nescaya Allah akan menggantikan hasil yang tidak baik itu kepada yang baik.

Setelah dikurniakan ukhuwah yang sangat indah oleh Allah melalui beberapa insan yang sangat bermakna di dalam hidup aNa, aNa mula belajar bahawa keikhlasan itu sangat penting dalam menjaga ukhuwah yang terjalin. Seperti keteguhan tautan hati di antara para sahabat Rasulullah SAW dalam berjihad fisabilillah, seperti itu juga insya-Allah aNa ingin menjaga setiap ukhuwah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan seikhlas hati aNa.

Kenalilah erti ikhlas, maka antum akan mula mengenali ertinya ukhuwah lillahi ta'ala juga. Salam 'ala barakatillah.

Rahmat Kebahagiaan [1]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Sobaahul khayr ya antum. Kaifa haluq al-yaum? Semoga setiap nafas kita disertai syukur kepada Allah Yang Maha Esa, yang tidak pernah jemu dalam mengurniakan kita rahmat dan kebahagiaan. Syukran jazilan Ya Allah. Entry kali ini adalah mengenai kebahagiaan hamba-hambaNya yang istiqamah dalam menunaikan solat tahajjudnya. Tafaddhal qiraah.

- Kebahagiaan & Ketenangan Jiwa -

Bagi orang yang sentiasa mengerjakan solat tahajjud, ia akan dianugerahkan oleh Allah cahaya ilmu, iman dan ketaqwaan. Ketiga-tiga cahaya tersebut akan menghidupkan jiwa, fikiran dan fitrah. Begitu juga moral akan sentiasa menuju kepada kebenaran yang disampaikan oleh Allah S.W.T. Cahaya keimanan yang menuju kepada ketenangan jiwa akan dapat dimiliki oleh orang2 yang sentiasa sujud di malam hari, sehingga ia merasakan kemanisan iman. Antara fadhilat2 kebaikan yang didapati oleh siapa yang rajin dalam bertahajjud kepadaNya ialah:

1. Keyakinan yang benar dan bersih bebas dari sifat boros, takbur dan membanggakan diri sendiri serta tidak ikhlas.

2. Fikirannya menjadi kuat, sihat, bebas dari pengaruh hawa nafsu.

3. Mempunyai hubungan yang baik antara sesama manusia dan alam persekitaran serta saling bantu-membantu sesuai dengan kebolehan masing2. Dapat membentuk masyarakat yang maju dalam segala aspek kehidupan, mempunyai nilai kebajikan dan adil.

4. Menjadi umat yang berkualiti, mampu mewujudkan kesejahteraan dunia dan mencapai kebahagiaan di akhirat.

5. Wawasan akhirat merupakan matlamat pertama baginya, dengan menggunakan kemudahan2 yang diberi Allah di dunia ini sebagai alat menuju kepada kebenaran dan kebahagiaan yang sebenarnya.

Orang yang sentiasa bertahajjud mengetahui hakikat bahawa masa tua sentiasa menunggu dalam setiap kehidupan manusia. Dari masa kanak2, remaja, dewasa dan akhirnya tua merupakan proses perjalanan hidup manusia. Setiap tahap kehidupan itu mempunyai suasana yang berbeza-beza. Masa tua adalah masa yang membuat seseorang menjadi lemah, kurang ingatan dan kurang kekuatan. Secara beransur-ansur Allah S.W.T mengambil kembali nikmat yang telah diberikanNya itu.

Jelaslah bahawa hakikat ingin sentiasa muda itu tidak mungkin terjadi. Masa muda hanyalah merupakan laluan untuk menuju masa tua. Masa muda yang sifatnya hanya sementara untuk menuju ke suatu masa dimana seseorang menjadi tidak berdaya. Saat itulah ia kembali kepada alam seperti pemikiran kanak2. Di dalam Al-Quran Allah telah menjelaskan tahap2 kehidupan manusia itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani kemudian dari segumpal darah yang seterusnya menjadi segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim apa yang Kami kehendaki sehingga waktu yang sudah ditentukan kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian secara beransur-ansur sampailah kepada kedewasaan dan di antara kamu ada yang diwafatkan ada pula di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sehingga tua. Dan kamu melihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air keatasnya, hiduplah bumi dengan subur lalu menumbuhkan pelbagai tumbuhan yang indah. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah adalah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Hajj: ayat 5-6)

Sakit akan menimpa setiap orang, meskipun ia menjaga kesihatannya dengan teliti, namun ia tidak akan terlepas dari penyakit. Seseorang yang berjiwa tenang, memiliki keimanan yang kuat akan menerima penyakit sebagai suatu cubaan dari Allah S.W.T. Di dalam sebuah kisah, Nabi Ayub AS. ditimpa penyakit kerana ditiupkan Iblis suatu penyakit yang sukar untuk diubati. Pada suatu hari, isterinya yang setia itu menemui Nabi Ayub AS. yang sedang bertasbih kepada Allah lalu berkata:

"Wahai suamiku, mohonlah kepada Allah supaya kita dibebaskan dari penderitaan ini.." Nabi Ayub AS. menjawab: "Wahai isteriku, apakah engkau menyesali peristiwa yang telah terjadi. Aku ingin bertanya kepadamu, "Berapa tahunkah kita telah menikmati kesenangan dan kemewahan yang diberikan oleh Allah?" Jawab isterinya: "70 tahun." Kemudian Nabi Ayub AS. bertanya lagi, "Berapa lamakah kita telah diduga oleh Allah?" Isterinya menjawab: "7 tahun wahai suamiku.."

Nabi Ayub AS. berkata: "Aku malu untuk memohon kepada Allah untuk bebas dari cubaan ini. Jika dibandingkan nikmat yang telah kita rasakan dengan cubaan yang diberikan oleh Allah, tidak sebanding. Sesungguhnya engkau terkena hasutan Iblis yang ingin membuat imanmu menjadi menipis.."

Begitulah sebagai gambaran bahawa setiap dari kita menerima sakit, tetapi tidak semua dari kita yang sanggup untuk menerima sakit itu dengan sabar. Namun jika kita memiliki iman yang kuat, jiwa yang tenang dan sentiasa bertahajjud pada waktu malam, maka kita akan menerima segala kesakitan itu sebagai dugaan dari Allah. Barulah dapat merasakan betapa nikmatnya hidup sihat, kemudian bersyukur kepadaNya dan selalu mengharap rahmatNya.

Kemiskinan juga dapat membuat seseorang menjadi keluh kesah. Namun orang yang tawaddhu' akan menyedari bahawa setiap kekayaan tidak akan kekal. Kemiskinan merupakan ancaman bagi diri seseorang yang lemah imannya kerana terlalu mencintai harta benda dunia.

Hidup di dunia ini tidak ada yang kekal, segala sesuatu yang kita miliki ini hanya bersifat pinjaman. Bila2 masa sahaja akan diambil oleh Allah jika dikehendakiNya. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Hidup di dunia ini hanya kesenangan sementara." (Surah Al-Hadid: ayat 20)

"Dan akan datang suatu hari dimana harta dan anak2 tidak lagi berguna." (Surah Asy-Syuara': ayat 88)


Jadi orang yang sering bertahajjud itu tidak akan pernah berkeluh kesah jika ia tidak mempunyai kekayaan. Namun ia tetap akan berusaha dengan cara yang benar dan jujur untuk memenuhi keperluan hidup dan tanggungjawabnya, sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

Ia juga akan menyedari bahawa kematian akan ditempuh oleh setiap yang bernyawa. Betapa kita takut sekalipun ajal tetap akan datang menemui kita. Jikalau demikian, mengapa harus takut kepada maut jika ia merupakan suatu kepastian. Hanya orang2 yang tidak beriman yang takut kepada kematian.

Hakikat hidup kita ini adalah menuju kepada kematian. Jiwa yang tenang akan bertambah tenang pabila menghadapi kematian. Kerana kematian adalah jalan untuk menuju ke akhirat yang abadi. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu hindarkan itu, akan menemui kamu, kemudian kamu dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia tunjukkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Al-Jumu'ah: ayat 8)

Orang yang sering melaksanakan tahajjud akan sentiasa menghindarkan diri dari merasa tertekan dan keluh kesah untuk menerima hakikat kematian ini. Ia menghadapi dengan rasa bersedia dan redha, supaya tidak tergolong kepada orang2 yang rugi. Ia beriman kepada Allah dengan melakukan segala kebaikan, maka segala sesuatu yang dapat menimbulkan keluh kesah dapat ia elakkan. Kemudian ia persiapkan diri untuk menghadapi hari akhirat, serta yakin dengan janji Allah akan memasukkan hamba-hambaNya yang bertaqwa ke dalam Syurga. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W mengenai firman Allah yang bermaksud:

"Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terbayang oleh hati." (Hadith Bukhari & Muslim)

Walau bagaimanapun kita cuba membayangkan kebahagiaan yang terdapat di akhirat, ia tidak akan sama kerana kebahagiaan di akhirat lebih sempurna dan lebih mulia. Tidak dapat diucapkan dengan kata2 dan tidak dapat dibayangkan dalam alam fantasi. Kerana ia lebih sempurna dari yang diperkatakan dan setiap yang diinginkan. Ia hanya dapat dikenal melalui hakikat nur kesucian di dalam jiwa yang bersih.

Ketenangan jiwa itu berada didalam diri sendiri. Oleh kerana itu, gunakanlah fitrah kebaikan itu dengan mengabdikan diri kepada Allah dan sering bertahajjud kepadaNya. Tuntutlah ilmu, kuatkanlah iman, banyak beribadah, dengan demikian akan terhindarlah dari godaan hawa nafsu yang sentiasa cenderung untuk membawa manusia kepada kesesatan.

Jazakallah 'ala qiraah. Wassalamun' alayk.

Persediaan Menuju Akhirat [Part 2]



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaifa haluqum ya antum? Semoga antum berada didalam keadaan sihat dan dirahmati Allah S.W.T selalu. Asif kerana seringkali tiada kesempatan untuk update blog ini memandangkan sentiasa sibuk dengan assignments that never ends.. hee.. Alhamdulillah syukur pada subuh yang tenang ini, aNa dapat meluangkan masa sedikit untuk post another new entry which is a sequel to the entry Persediaan Menuju Akhirat [Part 1].. Tafaddhal qiraah..

- Bila berlakunya Qiamat -

Tiada di dalam Al-Quran mahupun hadith yang menceritakan mengenainya. Allah S.W.T merahsiakannya dari pengetahuan segala makhlukNya. Sehinggakan malaikat sendiri tidak tahu mengenainya.

Pernah malaikat Jibril datang berjumpa dengan Rasulullah menceritakan tentang hal Qiamat. Bila Rasulullah bertanya bilakah bilakah berlakunya peristiwa Qiamat, Jibril menyatakan ia tidak tahu. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui. Cuma ia menceritakan apakah tanda-tanda Qiamat.

Firman Allah S.W.T:

"Hari Qiamat adalah merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah. Allah boleh mematikan makhluk ini dan menghidupkannya semula. Kepunyaan Allah lah segala makhluk di bumi dan di langit." (Surah Al-Hajj: ayat 6)

Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Al-Jumu'ah: ayat 8)

Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui bilakah berlakunya Qiamat. Ketika peristiwa Israk dan Mikhraj, Rasulullah melihat umur dunia ketika itu seperti seorang perempuan tua yang tersangat uzur. Ini menandakan kedatangan Qiamat sudah terlalu hampir. Cuma waktunya sahaja yang tidak diketahui.

Ahli sains Barat cuba membuat kajian dan ramalan tentang bilakah akan berlakunya Qiamat ini. Pernah seorang ahli sains Barat berpendapat bahawa Qiamat akan berlaku di tahun 1980-an. Ini berdasarkan struktur kedudukan bumi dan perubahan peredaran paksi bumi. Beliau mendapati kedudukan bumi sudah berubah kedudukannya. Peredarannya sudah tidak seimbang. Namun ramalan beliau itu tidak berlaku. Apa yang berlaku hanyalah Qiamat kecil.

- Apakah itu Qiamat kecil? -

Di antara Qiamat kecil itu ialah:

* Berlakunya wabak yang memusnahkan makhluk yang hidup. Seperti wabak taun, keracunan, denggi dan sebagainya.

* Berlakunya gempa dan gegaran hingga menakutkan manusia.

* Banyak berlakunya pertumpahan darah seperti peperangan dan pembunuhan.

* Runtuhnya bangunan-bangunan tinggi.

* Keluarnya kabus.

* Musim sudah tidak menentu waktunya. Misalnya, musim bunga dan musim panas sudah tidak tetap musimnya dan bertukar waktu. Musim bunga berlaku dalam musim panas dan musim panas berlaku dalam musim sejuk.

* Taufan yang memusnahkan dan merosakkan harta benda dan nyawa manusia.

* Banjir kilat hingga memusnahkan nyawa manusia.

* Kebakaran yang disebabkan cuaca yang terlampau panas.

* Timbulnya gejala penyakit yang tidak boleh diubati.

Dan pelbagai lagi peristiwa Qiamat kecil yang sedang berlaku. Namun Qiamat kecil itu berlaku semenjak sebelum 1980-an lagi. Malah sebelum itu sudah berlakunya perkara2 yang disebut diatas.

- Mengapa Allah S.W.T Merahsiakan Bila Berlakunya Qiamat -

Banyak rahsia dan hikmahnya mengapa Allah S.W.T merahsiakan waktu dan masa berlakunya Qiamat itu. Kita sebagai hamba Allah S.W.T tidak dapat mengetahuinya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Pengetahuan Allah S.W.T tidak terjangkau oleh akal manusia.

Mungkin di antara hikmah itu ialah:

- Umat yang jumud -

Jika Allah S.W.T memberitakan tentang bilakah berlakunya Qiamat, ia akan menyebabkan manusia hanya menumpukan kepada masjid sahaja. Sehinggakan sudah tidak mahu membangun. Malah apa sahaja yang hendak dibuat dan dibina dirasa membazir sahaja.

Misalnya seseorang ingin mendirikan sebuah jalan bagi kemudahan manusia. Tentulah dia merasakan untuk apa ia mendirikan ia memandangkan tahun tersebut akan berlaku Qiamat.

Ketika itu manusia hanya memikirkan ibadahnya sahaja. Sehinggakan tidak ada manusia yang mahu berusaha melakukan pembangunan untuk kepentingan manusia itu sendiri. Sedangkan bertamadun dan membangun itu sangat dituntut oleh Islam.

- Terlampau takut -

Manusia yang hidup hampir ke tarikh Qiamat, akan sentiasa merasa takut yang teramat sangat kerana takutkan peristiwa dahsyat yang akan menimpa mereka. Hingga mungkin ada yang hilang pertimbangan dan mengambil keputusan untuk membunuh diri terlebih dahulu. Ini bererti manusia itu akan hilang imannya dan hilang rasa harapnya pada Allah S.W.T. Sedangkan Allah S.W.T sangat suka hambaNya yang hidup dalam beriman dan bertaqwa serta sentiasa ada rasa harap kepadaNya.

- Terlalu Leka -

Manusia yang hidup mungkin 50 tahun lagi sebelum berlakunya Qiamat, tentu akan mengambil peluang untuk melakukan maksiat semahu-mahunya kerana merasakan Qiamat masih lama lagi untuk berlaku. Atau bila manusia sudah tahu bila berlakunya Qiamat, mereka akan merasakan selamat kerana setelah melakukan maksiat, mereka akan bertaubat beberapa hari sebelum berlakunya Qiamat.

Ini bererti muka bumi Allah ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kemaksiatan yang tidak terkawal. Ramailah manusia lemah akan teraniaya dan berleluasalah penyakit masayarakat yang tersangat dahsyat.

Dalam pengalaman hidup kita misalnya, bila sebuah keluarga akan mengadakan majlis perkahwinan salah seorang dari anggota keluarganya. Tarikhnya dua bulan akan datang. Oleh itu, pada bulan pertama, keluarga pengantin hanya membuat persiapan yang ala kadar sahaja atau acuh tak acuh sahaja.

Tapi bila sudah tiba masanya, barulah dia semakin sibuk. Kalau dulu, rumah ditangguhkan untuk mengecatnya, langsir dilambat-lambatkan menggantikannya dan sebagainya, bila sampai masanya barulah kelam kabut untuk buat persiapan.

Begitulah juga dengan Qiamat. Jika diketahui tarikhnya, pastilah dibuat acuh tak acuh sahaja sehingga tiba masanya, barulah sibuk.

- Supaya Manusia Berhati-hati -

Bila Qiamat dirahsiakan, manusia akan sentiasa berhati-hati pabila hendak membuat sesuatu. Walaupun ada golongan yang lalai, namun dalam pada itu, ada golongan manusia yang sentiasa beringat-ingat. Dia akan berusaha kerana Qiamat itu tidak diketahui bila akan berlaku. Dan dia akan istiqamah dalam ibadahnya kerana bimbang Qiamat itu akan berlaku bila-bila masa.

- Supaya Ada Kemanisan -

Bila manusia mengetahui bila berlakunya Qiamat, sudah tidak ada rasa kemanisannya lagi. Misalnya seseorang yang sedang memohon pekerjaan, dia sudah yakin akan diterima bekerja kerana menggunakan orang dalam. Bila datangnya surat yang menyatakan dia telah diterima untuk bekerja, rasa gembira sudah tidak ada kerana dia sudah tahu terlebih dahulu. Oleh itu, kemanisannya sudah tidak ada. Sedangkan orang yang tidak tahu itu akan berasa gembira kerana usahanya telah berjaya.

Begitulah Allah Yang Maha Bijaksana, Dialah yang mengetahui segala-galanya. Allah S.W.T sangat tahu mengapa adalah lebih baik dirahsiakan dari diberitahu kepada manusia. Allah S.W.T yang telah menciptakan sekalian makhluk di dunia ini, maka Allah S.W.T. lah Yang Maha Tahu akan segala-galanya.

Sekian dahulu dari aNa, jazakallah kerana sudi menziarah blog dan membaca entry2 aNa.. Barakallahu fikum..

Ma'assalamah 2009, Ahlan Wasahlan 2010



ا سلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

بسم الله الرحمن الرحيم


We're just 6 days away from a brand new year of 2010. The year of 2009 seems to be another memorable and meaningful year for me. As time passes by, I came to understand what it really feels to have responsibilities on my shoulder. Hearing my dad say that one day I'll eventually take over his place in taking care of things did scare me for a moment.. Yet he said that, as long as we believe in ourselves and have faith in God, Insya-Allah things will turn out fine.

He also said that, we should never have regrets about our mistakes because they happen for a reason. Mistakes are bound to be made to teach us about lessons in life. Finally, I begin to believe that time does heal almost anything. Back then when I just lost my late grandmother in 2006, it felt as though those words were far from reality but as time passes, I knew that feeling sad over it will not make things better and certainly being sad about it would be the last thing my grandmother would've wanted me to do. She used to say that she has so much faith in me and now its my turn to prove it and strive my way to success. It all starts with ourself, our dreams, our efforts and our prayers. Never say die until you try - the words that helped me a lot when I needed it.

After what I went through in life, I realized that everything indeed has its price. We need to lose something in order to gain another and its all worth-while if we're willing to be patient throughout the trials and tribulations. Pain has taught me how to be strong, tears has taught me how to smile. Allah S.W.T has been very Merciful upon me in my every breath and I can't be grateful enough for that. From each person that I knew, they have taught me so much about the values in appreciating life.

Until then, may we all do better by each step that we make and have faith that Allah S.W.T will always guide us with His Grace, Insya-Allah Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Ma'assalamah 1430H/2009, Ahlan Wasahlan 1431H/2010.

p/s: To everyone who knows me, syukran jazilan for our ukhwah fillah and i love all of you fid-dunya wal-akhirah Insya-Allah. Amiin. Barakallahu fikum, wassalamu'alaikum wrt wbt.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.