Kelebihan Surah - Surah Tertentu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum Warahmatullah kepada saudara serta saudari sekalian yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog aNa. Syukran jazilan ya antum wa antunna for all the supports. (^.^) Andai ada khilaf dalam mana2 post aNa, seribu satu kemaafan aNa mohon terlebih dahulu. Aasif jiddan. (why do i feel so arabic today) ngee~ Anyway, untuk post kali ini, aNa ingin berkongsi ilmu tentang kelebihan surah2 tertentu yang mempunyai fadhilat yang ternyata baik sekali untuk kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat syafaat dari setiap ilmu yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita dalam pelbagai cara, namun dengan satu matlamat sahaja, iaitu supaya kita menjadi antara golongan yang berilmu. Insya-Allah.

Terdapat banyak hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang menceritakan mengenai kelebihan surah2 tertentu antaranya seperti berikut ;

1) Surah al-Fatihah. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sebaik-baik al-Quran adalah Alhamdulillahi rabbil a'lamin (iaitu surah al-Fatihah)"

(Riwayat al-Baihaqi)

2) Surah al-Baqarah. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Bacalah surah al-Baqarah di rumahmu kerana sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah"

(Riwayat al-Hakim)

3) Surah al-Kahf. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat nescaya cahaya meneranginya selama di antara dua Jumaat"

(Riwayat al-Baihaqi)

4) Surah Yaasin. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah Yaasin di permulaan hari insya-Allah akan dipenuhi hajatnya pada hari itu"

(Riwayat al-Darimi)

5) Surah ad-Dukhan. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca surah ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70 000 para malaikat di waktu pagi"

(Riwayat at-Tirmidzi)

6) Surah al-Mulk. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesungguhnya dalam al-Quran ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu Tabarakallazi Biyadihil Mulk"

(Riwayat al-Nasaie)

7) Surah al-kafirun. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca Qul Ya Aiyuhal Kafirun kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik"

(Riwayat at-Tirmidzi)

8) Surah al-Ikhlas. Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad seolah-olah ia membaca sepertiga al-Quran"

(Riwayat at-Tirmidzi)

Sifat - Sifat Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu 'alaikum. Untuk post kali ini, aNa ingin berkongsi ilmu pula tentang sifat2 al-Quran. Di samping nama2 al-Quran yang telah dinyatakan, al-Quran juga disifatkan dengan berbagai sifat (nama berbentuk sifat), antaranya seperti berikut ;

1) Nur bermaksud cahaya. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Taghabun : ayat 8 :

"Maka berimanlah kamu dengan Allah dan rasulNya serta cahaya (al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"

2) Huda bermaksud petunjuk. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah : ayat 2 :

"Inilah kitab (al-Quran) yang tiada keraguan padanya sebagai petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa"

3) Syifa' bermaksud penyembuh. Firman Allah Ta'ala dalam surah Yunus : ayat 57 :

"Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada Tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit2 yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 yang beriman"

4) Rahmah bermaksud rahmat. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-A'raf : ayat 203 :

"Dan apabila kamu tidak membawa sesuatu ayat al-Quran kepada mereka, mereka berkata : Mengapa tidak kamu buat sendiri ayat itu? Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya mengikut apa yang diwahyukan dari Tuhanku kepadaku. Al-Quran ini adalah bukit2 yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi orang2 yang beriman"

5) Basyir bermaksud menghiburkan. Firman Allah Ta'ala dalam surah Fushshilat : ayat 4 :

"Yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya), maka mereka tidak mahu mendengar"

6) Nadzir bermaksud menakutkan. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Furqan : ayat 1 :

"Maha suci Tuhan yang telah menurunkan al-Furqan kepada hambaNya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam"

7) Mau 'izhah bermaksud pengajaran. Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali 'Imran : ayat 138 :

"(al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang2 yang bertaqwa"

8) Mubarak bermaksud yang diberkati. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Anbia' : ayat 50 :

"Dan (al-Quran) ini adalah suatu kitab (sebagaia) peringatan yang mempunyai keberkatan yang telah Kami turunkan, maka mengapakah kamu mengingkarinya"

9) Mubin bermaksud yang menerangi. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Naml : ayat 1 :

" Thoo Siin. Ini adalah ayat2 al-Quran dan (ayat2) kitab yang menjelaskan"

Nama - Nama Suci Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. For this post, aNa ingin berkongsi ilmu tentang nama2 suci al-Quran. Al-Quran ialah kitab yang suci lagi mulia dan mempunyai beberapa nama yang mahsyur antaranya seperti berikut:

1) Al-Quran (bacaan). Dinamakan dengan al-Quran kerana al-Quran itu suatu kitab yang sering dibaca. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-A'raf : ayat 204 :

"Dan apabila dibacakan al-Quran itu maka dengarlah baik2 dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"

2) Al-Furqan (pembeza). Dinamakan dengan al-Furqan kerana al-Quran itu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Furqan : ayat 1 :

"Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan al-Furqan kepada hambaNya agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam"

3) Al-Kitab (buku). Dinamakan dengan al-Kitab kerana al-Quran itu dibukukan dalam satu mushaf. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Baqarah : ayat 2 :

"Inilah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya, sebagai petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"

4) Al-Dzikr (peringatan). Dinamakan dengan al-Dzikr kerana al-Quran itu menjadi peringatan bagi orang2 yang beriman. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Hijr : ayat 9 :

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Dzikr dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya"

5) Al-Wahy (wahyu). Dinamakan dengan al-Wahy kerana al-Quran itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah Ta'ala. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Anbia' : ayat 45 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan al-Wahy dan tiadalah orang2 tuli itu mendengar seruan apabila mereka diberi peringatan"

6) Al-Ruh (ruh). Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Syura : ayat 52 :

"Dan demikianlah Kami telah mewahyukan kepadamu akan Ruh (al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki diantara hamba2 Kami. Dan sesungguhnya kamu benar2 memberi petunjuk ke jalan yang lurus"

Amalan - Amalan Bulan Muharram

1. Membaca doa akhir tahun dan awal tahun.
2. Selepas Maghrib baca ayatul Qursi 360x - insya-Allah dipelihara daripada bala dan kesusahan
3. Puasa pada satu muharram - insya-Allah diampunkan dosa & puasa sehingga 10 muharram diampunkan dosa 5 tahun.

AMALAN HARI AA'SYURA

1. Puasa 10 muharram dapat pahala haji umrah shahid.
2. Menyapu kepala anak yatim.
3. Memberi makan pada orang berbuka puasa.
4. Ziarah orang alim (guru)
5. Ziarah orang sakit.
6. Bercelak mata, mandi sunat, potong kuku, dan basuh muka pada air yg telah dibaca al-Fatihah 7x.
7. Banyakkan bersedekah.
8. Baca surah al-Ikhlas 1 000x - insya-Allah tiada siksa kubur
9. Pada pagi 10 muharram, selepas solat sunat dhuha, sembahyang 4 rakaat. Tiap2 rakaat selepas baca al-Fatihah, dibaca surah al-Ikhlas sebanyak 11x.

Tentang Doa

Doa merupakan suatu ibadah. Sesiapa yang berdoa , doanya termasuk salah satu daripada tiga keadaan iaitu:

1. Allah S.W.T. tunaikan doanya segera
2. Doanya menjadi penyelamat daripada musibah
3. Disimpan untuk akhirat (pahala)

(Mafhum Hadis Nabi)

Tidak pernah rugi pada sesiapa yang berdoa. Wallahu a'lam.

Antara Sabar dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasib orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Kelebihan Ayat Qursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wallahu a'lam..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.