Sunnah-Sunnah Nabi Ketika Hendak Tidur

Assalamu'alaikum w.b.t.

This post will be about sunnah-sunnah Rasulullah before we go to sleep.. Mudah-mudahan dapat diamalkan dengan sebaiknya.. Ameen.. Well, its reading time! ngee~
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



1) Sebelum dan selepas tidur, baca doa.
Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.


2) Jangan tidur dengan menghadapkan kaki arah Qiblat.
Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.


3) Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid.
Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4) Baca 4 Qul (termasuk surah al-Kaafirun) tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.


5) Niat untuk bangun Tahajjud.
Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.


6) Ambil wudhu' sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.


7) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.


8) Tidur cara Rasulullah saw ialah dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.


Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya
tidak menimbulkan fitnah.


Dan tutuplah aurat ketika tidur.
Kenapa? Kerana lelaki yang tidur
meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur tanpa pakaian atau tidak
menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang
makhluk lain.

Wallahu'alam.

5 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum ucu..

haa..dah boleh pun.. alhamdulillah..
tapi kuar kat page lain plak..

Nur Liza [75] said...

wa'alaikumussalam warahmatullah achik..

a'a, ucu terpaksa setting jenis pop-up window..takpelah, janji boleh comment kan? ngee~ syukran jazilan ya ukh for dropping by.. (^_~)

Nik said...

umat islam mesti amalkan,
dalam masa yang sama dpt pahala..
kerana ia sunnah Nabi. ^_^

Nur Liza [75] said...

insya-Allah ya akhi..

syukran for dropping by.. =)

Anonymous said...

Saya harap tentang tidur:

"2) Jangan tidur dengan menghadapkan kaki arah Qiblat.
Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati".

tu sila penulis semak semula dalam kitab, jangan kita menulis sesuatu yang kita tidak tahu...kerana setiap apa yang kita tulis akan dipertanggungjawakan di akhirat nanti... sebenarnya cara tidur mengikut sunnah ada dua cara, satu- tidur mengiring atas rusuk kanan dan dada mengadap kiblat dan kedua -tidur kaki mengadap kiblat kerana apabila kita bangun maka secara tak langsung dada mengadap kiblat........

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.