Bulan Rejab dan Fadhilatnya

Assalamu'alaikum warahamtullahi wabarakatuh..

Kaifa haluqum..? aNa harap kalian berada dalam keadaan sihat wal-afiah hendaknya. Post untuk kali ini ialah tentang bulan rejab serta fadhilatnya memandangkan bulan Rejab yang bakal menjelang bermula 24 June ini.. Moga ia mampu menjadi sebuah ilmu yg bermanfaat buat semua. Amiin ya rabbal 'alamiin.

- Pengertian Rejab -

Rejab ertinya "mulia". Bulan Rejab bulan mulia, dinamai demikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini.

- Israk dan Mikhraj Rasulullah SAW -

Setelah Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia, maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah bersandar. Abu Thalib merupakan orang yang sangat berpengaruh di Makkah dan sangat disegani oleh orang ramai. Orang-orang kafir berasa dalam keadaan was-was untuk menganiaya Nabi Muhammad SAW selagi Abu Thalib masih melindunginya.

Khadijah pula merupakan seorang isteri yang sangat istimewa. Rasa penat dalam berdakwah akan hilang sebaik sahaja baginda bertemu Khadijah yang telah mengorbankan seluruh harta kekayaannya untuk perjuangan risalah suci. Pengaruhnya juga sangat kuat dikalangan penduduk Makkah. Justeru itu, wafatnya kedua orang ini merupakan satu kehilangan besar dalam kehidupan Rasulullah, sebab kedua-dua tokoh Quraisy ini merupakan sayap perjuangan baginda. Rasulullah merasakan kesedihan yang amat dengan kehilangan dua orang yang sangat dicintainya. Maka tahun pemergian keduanya itu dinamakan dengan tahun kesedihan.

Disaat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini, gangguan dan hinaan, aniaya serta seksaan yang dialami baginda dengan pengikut-pengikutnya semakin hebat. Maka pada saat itulah, iaitu pada 27 Rejab, Allah SWT memerintahkan supaya Rasulullah SAW menjalani Israk dan Mikhraj. Israk dan Mikhraj adalah merupakan perjalanan pada malam hari dari Masjidil Haraam ke Masjidil Aqso, dari situ baginda terus naik ke langit ke-tujuh dan Sidratul Muntaha. Disitulah baginda menerima perintah langsung dari Allah SWT tentang solat lima waktu.

Hikmah Allah memerintahkan Israk dan Mikhraj kepada Rasulullah SAW dalam perjalanan satu malam itu, adalah untuk lebih menambahkan lagi kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah ke tengah-tengah umat manusia. Dengan demikian akan bertambah kuatlah batin baginda sewaktu menerima cubaan dan musibah serta seksaan betapapun besarnya dalam memperjuangkan cita-cita murni, mengajar seluruh umat manusia tentang agama Islam.

Peristiwa Israk dan Mikhraj ini disamping memberikan kekuatan batin kepada Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah, ia juga menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin. Bagi kaum kafir Quraisy, peristiwa Israk dan Mikhraj ini mereka jadikan senjata untuk menuduh Nabi sebagai seorang yang tidak normal fikirannya dan mereka jadikan ia sebagai bahan hinaan dan cacian.

- Ibadah Yang Dianjurkan Pada Bulan Rejab -

1. Mengerjakan Puasa Sunat Rejab

Sangat banyak hadith Nabi yang menganjurkan supaya kita mengerjakan puasa sunat pada bulan ini. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamakan Rejab. Ia lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan, lebih dingin dari salji. Orang yang berpuasa pada bulan Rejab akan diberi Allah minuman dari air sungai itu."

(Riwayat Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda:

"Di dalam syurga itu ada sebuah istana megah untuk orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab."

(Riwayat Tabrani)

Berkata Abu Bakar Siddiq: "Selepas sepertiga malam Jumaat pertama dari bulan Rejab, malaikat penghuni langit berhimpun dalam Kaabah. Allah berfirman kepada mereka: "Wahai para malaikat, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki!" Lalu para malaikat pun menjawab: "Kami memohon wahai Tuhan, ampunilah dosa orang yang mengerjakan puasa pada bulan Rejab." Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya sudah Aku ampunkan dosa mereka."

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah SAW bersabda: "Semua orang lapar pada hari Qiamat, kecuali Nabi-nabi dan keluarga mereka, dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Mereka itu kenyang, tiada lapar dan tiada haus." (Hadith dari Siti Aisyah)

Berkenaan dengan pahala bagi orang yang berpuasa pada bulan Rejab, dalam suatu riwayat dihuraikan sebagai berikut:

Bagi orang yang berpuasa sebanyak 20 hari, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, berpuasa 19 hari akan dibinakan sebuah mahligai di syurga, berpuasa 16 hari akan dapat melihat Allah SWT di dalam syurga, berpuasa 15 hari diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun, berpuasa 14 hari diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun, berpuasa 13 hari diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun, berpuasa 10 hari akan diberi dua sayap untuk terbang seperti kilat di atas Sirathal Mustaqim.

Berpuasa 9 hari, tidak ditolak untuk masuk syurga, berpuasa 8 hari akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari Qiamat, berpuasa 7 hari akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari Qiamat, berpuasa 6 hari akan dikeluarkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya. Berpuasa 5 hari akan terhindar dari seksa kubur, berpuasa 4 hari akan dijauhkan dari bala bencana, berpuasa 3 hari akan dibina benteng penghalang dari api neraka, berpuasa 2 hari akan dilipatgandakan pahala amal ibadah, berpuasa sehari akan diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun. Berpuasa sehari pada hari peringatan Israk dan Mikhraj akan diberi pahala seperti berpuasa 60 bulan dan berpuasa pada seluruhnya bulan Rejab, insya-Allah akan diampuni oleh Allah SWT semua dosa yang telah berlalu, dipelihara imannya dan terlepas dari dahaga pada hari Qiamat."

Sekian dari aNa, insya-Allah next posting will be about solat-solat sunat yang dapat dikerjakan dalam bulan Rejab. Jazakallahu khairan kathir a'la qiraah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. =)

2 comments:

Anonymous said...

syukran di atas Ilmu yang dikongsi selama ini =)

Liz Rafael said...

afwan. sememangnya ia kewajipan semua umat Islam untuk berkongsi ilmu seperti sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada yang lain tentang ilmu yang dipelajari walau sepatah perkataan."

Wallahu a'lam.

syukran jazilan a'la qiraah ya. (^.^)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ~A Journal of Success~ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.